
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.
Menurut Amira, tindakan individu di sebalik akaun tersebut sudah melampaui batas sehingga mampu mencalarkan imej serta nama baik mereka.

Laporan Kepada SKMM & PDRM Tak Pernah Ditarik

“Salam. Penuh DM saya orang mesej dan tag saya dan suami supaya jangan tarik report untuk mencari siapa ‘Musang Berjanggut’ yang telah pun menfitnah kami macam-macam.
“Bercakap perkara-perkara tidak elok. Saya baca pun seram. Tak takut ke pada Allah. Untuk pengetahuan peminat-peminat, kami tidak pernah menarik laporan.
“Kami turun naik buat laporam di SKMM dan PDRM. Malah berjumpa dengan Dato Fahmi Fazil adalah untuk menangani isu ini,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Hati Hati itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Mahu Akaun Palsu Dibongkar, Harap Tindakan Tegas
Dalam masa sama, Amira berharap pihak berwajib dapat mencari penyelesaian serta mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang menyebarkan kebencian dan fitnah di media sosial.
Menurutnya, sekiranya perkara itu terus dibiarkan, ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan emosi mangsa.

“Bukankah isu buli saiber ini harus dibanteras? Selagi tidak ada mekanisme yang dicipta untuk selesaikan semua ini, selagi itulah tak akan selesai dan berleluasa sebab akaun palsu ini tak takut sebab Malaysia tidak ada tindakan tegas.
“Jadi saya tertanya-tanya apa fungsi SKMM? Hujung-hujung mereka cakap ‘jangan baca sahaja’.
“Kami kalau tak baca dan tak respon pun rasanya ia semakin melampau.
“Dan takut-takut ia memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang kena,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Amira menjelaskan dia dan Fattah mahu mengetahui identiti sebenar individu yang berselindung di sebalik akaun palsu tersebut.
Anda mungkin berminat dengan

“Kami tidak akan menarik laporan sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu.
“Jadi, mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa viral, isu ini diselesaikan,” akhirinya.

Baru-baru ini, Fattah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pemilik sebuah akaun Threads yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan tanggungjawabnya terhadap anak mereka, Nur Fatima Aisha.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

