
Pelawak dan penyampai radio, Ajak mendedahkan dia masih belum bersedia untuk kembali bergiat aktif dalam arena komedi tempatan meskipun pernah mencipta fenomena di pentas lawak.
Menurut Ajak, dia bukan merajuk, namun berpendapat syarat dan garis panduan yang dikenakan dalam program komedi ketika ini terlalu ketat sehingga membataskan kreativiti para pelawak dalam menghasilkan bahan jenaka.

“Saya bukan merajuk cuma saya ada pandangan peribadi dan ia mungkin tak dipersetujui oleh segelintir pihak. Secara peribadi, saya merasakan syarat komedi di negara ini terlalu ketat.
“Ada banyak hal yang boleh dan tak boleh dilakukan. Jadi, macam mana kita nak berkomedi? Pada saya, bila kita menonton persembahan komedi, penonton juga kena bijak.
“Mereka kena tahu bezakan program komedi dengan program-program lain. Bila ada yang buat komedi, kita kena faham ia hanya hiburan semata-mata,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan lawak Shiro itu berkata demikian ketika ditemui pada acara Panggung Suria, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ajak berpandangan pelawak di luar negara lebih mudah berkembang kerana mereka diberikan lebih kebebasan dalam menyampaikan karya komedi tanpa terlalu banyak kekangan.

“Kita pun tahu komedi ini ada garis panduan. Seperti contoh, kita tak boleh cross-dress. Kita pun tak buat lagi. Namun, ada banyak lagi perkara yang terhalang. Banyak sensitiviti yang perlu dijaga,” ujarnya lagi.
Ajak Trauma Hampir Disaman, Fokus Di Konti
Dalam pada itu, Ajak memaklumkan dia kini lebih selesa menganjurkan persembahan lawak secara tertutup kerana berasakan penonton yang hadir benar-benar memahami konsep komedi dan hadir untuk berhibur.

“Dulu kita ada program seperti Arena Panggang yang agak keras sedikit. Kini, ia tak boleh buat lagi. Mungkin mentaliti orang sudah lain.
“Sebab itu kita rancang untuk mengadakan program Panggung Suria ini secara tertutup. Bagi saya, mereka yang layan program komedi secara private, mentaliti mereka lain.
“Mereka datang memang nak bergelak ketawa,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ajak turut mengakui dia masih trauma dengan pengalaman disaman gara-gara kandungan lawaknya yang didakwa keterlaluan ketika menyertai sebuah program komedi suatu ketika dahulu.
Anda mungkin berminat dengan

“Memang benar. Saya pernah kena saman hampir RM30,00 kerana menggunakan ayat yang tidak berapa elok. Ayat itu sebenarnya menjurus kepada karakter saya.
“Jadi, saya anggap hal ini agak leceh. Daripada kena saman, baik saya duduk diam-diam di radio,” akhirinya.

Terdahulu, Ajak merupakan antara pelawak yang pernah mencetuskan fenomena menerusi program Maharaja Lawak Mega bersama gandingannya, Shahrol Shiro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

