
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah, akhirnya tampil mempertahankan diri susulan dakwaan yang mengatakan dirinya telah menjalinkan hubungan dengan suami Shuib sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Menurut Watie, dia merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsi kisah sebenar selepas hampir empat tahun namanya dikaitkan dengan tuduhan tidak berasas.
View this post on Instagram
“Jarang berkata-kata tapi kini sudah tiba masa. Islam tidak menghalalkan cara tapi setelah dua hari berfikir dan meminta petunjuk akhirnya, saya terpaksa mengambil keputusan yang sebegini.
“Setelah hampir empat tahun berumah tangga dan menyimpan segala rasa, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mempertahankan diri.
“Kerana saat ini ianya bukan lagi tentang saya seorang tetapi ianya melibatkan harta dunia akhirat saya ‘anak-anak’,” tulisnya.
Penjelasan itu dikongsikan Watie menerusi hantaran di Instagram.
Mahu Pertahankan Nama Baik Keluarga
Tambahnya, dia perlu menjaga nama baik keluarga, lebih-lebih lagi apabila isu berkenaan turut melibatkan nama baik bekas isteri Shuib yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah, yang meninggal dunia pada 2021.

“Dulu walau apa sahaja tohmahan dan hinaan pada saya, saya terima dan tidak pernah ingin melawan apatah lagi membahaskan.
“Kerana saya tahu saya juga punya kekurangan dan punya aib di masa lalu yang masih lagi Allah simpan.
“Tapi setelah berumah tangga, mempunyai sebuah keluarga dan menjadi ibu kepada lima anak, ia sangat mengubah diri saya kerana ia memberi erti yang sangat mendalam.
“Kini, saya tak mampu lagi untuk jadi insan yang hanya berdiam diri bila ia melibatkan perasaan anak-anak dan juga melibatkan arwah ibu pada anak-anak saya,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Watie menegaskan dirinya juga tidak mengenali Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah masih hidup.
Dia turut menyangkal dakwaan yang mendakwa Shuib pernah bersahabat baik dengan usahawan dan pempengaruh, Eddy Kana.

“Kebenaran yang ingin saya katakan adalah,
saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain dari sejak arwah masih hidup.
“Suami saya juga tidak permah mengenali
Eddy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yang sama.
“Dan selepas saya mengenali suami yang bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana adakah dia mengenali suami saya secara peribadi?
“Dari mulutnya sendiri, dia mengatakan tidak pernah mengenali dan ada apa-apa hubungan bisnes dengan suami saya,” kongsinya lagi.
Harap Tuduhan Berhenti
Sementara itu, Watie menyifatkan jodohnya bersama Shuib sebagai takdir yang sudah tertulis.

“Mengapa dan kenapa dalam banyak-banyak manusia di dunia ini, Allah pilih kami menjadi pasangan yang pada ketika itu, boleh menyebabkan manusia salah menilai perhubungan kami? Jawapannya hanya Allah yang lebih mengetahui.
“Dengan memberi bukti ini, bukan bermakna menunjukkan saya orang yang lebih baik atau suci, tetapi saya mengharapkan semoga selepas ini segalanya akan terhenti di sini,” ujarnya lagi.
Malah, Watie menjelaskan keputusannya untuk tidak lagi berhubung dengan teman-teman lama adalah bagi memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Anda mungkin berminat dengan
“Dan bukan bermakna Allah jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan bersama teman saya demi ‘Sebuah Rumah Tangga’ itu menjadi asbab untuk saham saya di akhirat.
“Janganlah hanya memandang saya atau suami sahaja tapi pandanglah anak-anak saya juga,” kongsinya.
Terdahulu, nama Watie kembali hangat diperkatakan susulan tular semula sebuah video lama yang memaparkan dirinya sedang bermain golf.
Video berkenaan menjadi perhatian ramai selepas ada yang mendakwa terdengar seakan-akan suara Shuib dalam klip pendek tersebut.
Watie turut memuat naik video asal bagi menunjukkan bahawa lelaki yang dimaksudkan bukanlah Shuib.
Sekadar informasi, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Akira Juwita Zahra.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Watie Hanifiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

