Ads

DOLLA Tembusi Pasaran Eropah! Paris, Berlin & Amsterdam Jadi Destinasi Jelajah Showcase Pertama

Girl-group, DOLLA bakal membawa muzik mereka ke pentas Eropah menerusi kerjasama dengan penyanyi rap Def Jam Thailand, Tobii, menerusi DOLLA × Tobii Europe Showcase Tour 2026.

Jelajah ini menjadi siri showcase pertama buat kumpulan wanita Malaysia itu di Eropah, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan mereka melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.

Meliputi tiga bandar dalam tempoh tiga malam, DOLLA dijadualkan membuat persembahan di The A Festival di Paris pada 24 Oktober, Bi Nuu di Berlin pada 28 Oktober dan P60 di Amsterdam pada 29 Oktober.

Lebih menarik, satu lagi lokasi persinggahan berpotensi di Eropah turut dijangka diumumkan kelak.

DOLLA Terus Perkukuh Kerjaya

Pencapaian ini meneruskan momentum DOLLA yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara, selepas penampilan mereka di showcase “Music Is Universal” yang berlangsung di Clarke Quay, Singapura pada 4 Oktober lalu.

Ads

Acara tersebut turut menampilkan barisan artis serantau termasuk MARBLES dari Indonesia, VVV dari Thailand, XONARA dari Filipina dan Lyhan dari Vietnam.

Pada hari berikutnya, DOLLA turut membuat persembahan sebelum berlangsungnya sesi fireside bersama Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group bagi Afrika, Timur Tengah dan Asia, Adam Granite, yang bertajuk “Music Is Universal, A Look at the Region’s Most Exciting Musical Future”.

Dalam sesi tersebut, Adam Granite menyatakan pengurusan UMG menyokong lebih daripada 130 artis di seluruh rantau ini.

Ads

Ia ekali gus membuka lebih banyak peluang kepada bakat tempatan untuk membina khalayak di peringkat antarabangsa.

DOLLA Tembusi Pasaran Eropah! Paris, Berlin & Amsterdam Jadi Destinasi Jelajah Showcase Pertama DOLLA Tembusi Pasaran Eropah! Paris, Berlin & Amsterdam Jadi Destinasi Jelajah Showcase Pertama DOLLA Tembusi Pasaran Eropah! Paris, Berlin & Amsterdam Jadi Destinasi Jelajah Showcase Pertama

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/dolla-gegarkan-pentas-antarabangsa-bakal-bawa-nama-malaysia-ke-the-a-festival-paris/

Anda mungkin berminat dengan

Bawa Muzik Pop Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Seperti yang diketengahkan dalam liputan Music Business Worldwide, DOLLA mencerminkan aspirasi serantau tersebut.

Dengan penampilan yang semakin meluas di Asia Tenggara serta jelajah showcase pertama mereka di Eropah yang bakal berlangsung, DOLLA terus mencipta gelombang baharu dalam usaha membawa muzik pop Malaysia kepada khalayak antarabangsa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Bkay Nair Galak Anak Muda Teroka Peluang, Selebriti Juga Ada Peranan...

Industri fesyen tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut kreativiti semata-mata, sebaliknya ia mempunyai potensi besar sebagai sebuah ekosistem yang mampu menjana pendapatan dan membuka...