Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsikan pihak penganjur menerusi satu hantaran di Instagram, yang sekali gus mengesahkan penyertaan trio berkenaan dalam festival tersebut.
Menurut pihak penganjur, DOLLA dipilih kerana mereka dilihat sebagai antara kumpulan yang memainkan peranan dalam mencorakkan evolusi muzik pop moden Malaysia.
“DOLLA antara kumpulan yang mencorakkan evolusi muzik pop moden Malaysia menerusi persembahan bertenaga, kreativiti yang berani dan identiti seni yang unik.
Ads
“Trio ini terus mencipta kejayaan dengan meraih jutaan peminat, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan pop paling berpengaruh di Asia Tenggara,” kongsi pihak penganjur.
Festival berkenaan turut menghimpunkan artis, peminat dan pemain industri dari seluruh dunia, sekali gus menjadi platform buat kumpulan yang varu sahaja muncul menerusi single ‘G.O.A.T’ itu untuk terusmemperluaskan lagi pengaruh muzik Malaysia di peringkat global.
Pada masa sama, penyertaan tersebut juga dilihat mampu memperkenalkan bakat tempatan kepada khalayak global, selain memperkukuhkan lagi kedudukan industri muzik Malaysia di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peserta program realiti Big Stage Rocketfuel, Hussain menzahirkan penghargaan kepada pereka fesyen, Emran Rijal selepas diberi peluang untuk menjadi antara model yang memperagakan koleksi Emri Vision pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW 2026).
Menerusi satu hantaran di Threads, Hussain meluahkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan, selain menghargai layanan sepanjang berada di acara fesyen berprestij itu.
“Terima kasih Abang Emran, Kak Tyra dan seluruh team EMRI atas jemputan ke Kuala Lumpur Fashion Week. Saya sangat menghargai layanan dan pengalaman yang diberikan.
“Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau kekhilafan daripada pihak saya sepanjang berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi di lain kesempatan. Emri Vision on top,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengasas EMRI, Emran Rijal serta isterinya, Tyra Kamaruzzaman yang sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap Hussain.
“Tak ada kekurangan la. Hussain sudah macam adik kita dah. Macam Abang Em selalu cakap, kalau apa apa, kita selalu ada untuk awak dan keluarga.
“Terima kasih kerana bersetuju. We will always be one of your big supporters, buckle up!!!,” kongsinya.
Dalam pada itu, Emran turut meluahkan rasa bangga melihat Hussain berjaya menggalas tanggungjawab sebagai model dengan begitu profesional ketika memperagakan koleksinya.
“Selama 8 tahun dalam industri fashion abang tak pernah lagi nampak model yang boleh walk as natural as Hussain.
“Abang bangga dengan Hussain! Now, lets get back to work for this weekend. Cindai yang manaaaa,” tambahnya lagi.
Baru-baru ini, Hussain tampil sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi Emran Rijal pada acara KLFW 2026, sekali gus mencuri perhatian ramai menerusi aksi catwalk yang penuh yakin.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bertahun-tahun membesar di hadapan kamera, Datin Anne Ngasri telah melalui pelbagai fasa kehidupan.
Bermula sebagai pelakon kanak-kanak yang membesar di kaca televisyen, bergelar isteri dan ibu, sehinggalah kini aktif sebagai usahawan serta figura masyarakat.
Namun, di sebalik senyuman dan ketenangan yang sering dipamerkan, Anne percaya perjalanan seorang wanita bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Anne, wanita hari ini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang dilihat masyarakat.
Dalam diam, ramai sebenarnya sedang berjuang dengan emosi, tekanan hidup, tuntutan keluarga, kerjaya serta pelbagai cabaran yang tidak pernah berakhir.
“Memang menjadi wanita ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya selalu anggap wanita ini sebagai ibu atau penggerak dalam sebuah keluarga.
“Kita yang perlu merasionalkan banyak keadaan, sedangkan dalam masa yang sama, emosi kita sendiri kadang-kadang tidak stabil. Wanita zaman kini harus berani mencari kekuatan diri,” katanya.
Jelas Anne lagi, perubahan zaman menjadikan cabaran yang dihadapi wanita semakin kompleks.
Jika dahulu mereka lebih tertumpu kepada tanggungjawab di rumah, kini mereka turut berdepan tekanan media sosial, ketidaktentuan ekonomi dan pelbagai tuntutan kehidupan moden.
“Daripada sudut emosi, cabarannya sangat pelbagai. Ditambah pula dengan keadaan media sosial dan ekonomi hari ini.
“Bukan sahaja kita memerlukan sokongan daripada suami atau lelaki, tetapi wanita juga perlu bangkit dan mempunyai ekonomi sendiri,” katanya lagi.
Bagi pelakon Dunia Baru itu, ramai wanita hari ini terlalu sibuk menjadi kuat sehingga terlupa bahawa mereka juga manusia biasa yang memerlukan ruang untuk berehat dan memulihkan diri.
Pandangan itu turut dikongsi usahawan, Datin Hamizan Puteh atau lebih dikenali sebagai Datin Izan, yang mengakui wanita sememangnya lebih mudah terkesan dengan emosi, lebih-lebih lagi apabila perlu mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.
“Kita pun wanita dan kita pun ada cabaran sendiri, terutama dari sudut emosi.
“Kadang-kadang kita berada dalam satu fasa yang sangat tertekan sehingga merasakan diri tidak mampu mengendalikan kehidupan, keluarga dan perniagaan.
“Sebab itu saya rasa terapi dalaman sangat penting untuk wanita pada zaman sekarang,” katanya.
Menurut usahawan dan pemilik ByQiss by Bawal Exclusive itu, wanita yang aktif dalam dunia perniagaan dan organisasi sering berdepan tekanan yang tidak diketahui orang luar.
Di sebalik kejayaan dan penampilan yang sentiasa sempurna, ada emosi yang perlu dijaga serta luka yang perlu dirawat.
“Kita tak tahu apa lagi ujian yang akan datang. Sebab itu, kekuatan dalaman sangat penting untuk terus menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan ini,” katanya lagi.
Atas kesedaran itu, mereka bakal berkongsi pengalaman mereka menerusi program Pahang 1st Bidadari Dambaan Syurga 2026 yang akan berlangsung di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, Pahang pada 8 Ogos ini.
Program yang berlangsung sepanjang hari itu bukan sekadar menghimpunkan ikon usahawan dan wanita inspirasi.
Ia turut diisi dengan pengisian rohani menerusi perkongsian daripada penceramah utama, Ustazah Yong Lynna James Baven Al-Almaniy dan Ustazah Farhatul Fairuzah yang akan menyentuh pelbagai aspek kehidupan, termasuk soal keimanan, ketenangan jiwa serta kekuatan dalaman seorang wanita.
Di sebalik kesibukan mengejar kerjaya, mengurus keluarga dan memenuhi tuntutan kehidupan moden, Anne percaya setiap wanita memerlukan ruang untuk berhenti seketika, mendekatkan diri kepada Tuhan serta memulihkan emosi yang sering teruji.
“Pada zaman sekarang, wanita melalui pelbagai emosi dan permasalahan. Jadi, saya rasa program seperti ini adalah satu terapi hati.
“Mungkin ada terapi daripada sudut luaran, tetapi emosi dalam diri seseorang itu jauh lebih pentin,” kongsi Anne.
Bagi Anne dan Izan, kekuatan seorang wanita bukan hanya diukur menerusi kejayaan yang dikecapi atau kemampuan memikul pelbagai tanggungjawab, sebaliknya juga pada keberanian untuk menjaga hati dan jiwa sendiri.
Kerana dalam dunia yang sentiasa menuntut wanita untuk terus kuat, adakalanya apa yang paling diperlukan hanyalah sedikit ruang untuk berehat, mendengar dan mengingatkan diri bahawa mereka juga manusia biasa yang berhak untuk berasa lelah.
Penganjuran program Bidadari Dambaan Syurga 2026 di Sungai Koyan ini diharap mampu menjadi titik tolak kepada pembentukan masyarakat wanita yang bukan sahaja teguh dari sudut emosi dan kerohanian, malah berdaya saing dalam bidang ekonomi keluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel menyaksikan kesemua lapan peserta boleh menarik nafas lega apabila pihak produksi memutuskan untuk tidak mengumumkan sebarang penyingkiran.
Keputusan itu menyaksikan semua peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir bagi meneruskan saingan merebut tempat ke konsert akhir.
Bagaimanapun, Danial Kifli perlu tampil dengan strategi lebih ampuh pada minggu hadapan selepas sekali lagi menghuni kedudukan tercorot.
Pada saingan konsert malam tadi, Danial hanya meraih markah 65.50 peratus menerusi persembahan lagu Cinta Dewa Dewi nyanyian asal kumpulan Spider yang gagal memikat hati barisan juri.
Sementara dua lagi peserta yang berada di kelompok terbawah ialah Danny dan Yad-Z yang masing-masing mengutip markah 67 peratus dan 71 peratus.
Ranisha pula terus mencipta sensasi apabila kembali merampas kedudukan teratas dengan markah tertinggi sebanyak 86.50 peratus.
Menerusi persembahan lagu Die On This Hills, Ranisha sukses memukau juri apabila menerima markah individu sebanyak 90 daripada Hael Husaini dan 92 daripada Aisha Retno.
Di tempat kedua pula ialah duo Adam Nazmie yang mengumpul 79.75 peratus, diikuti Hussain di kedudukan ketiga dengan 76.25 peratus.
Hussain yang juga anak kepada penyanyi senior, Jamilul Hayat, turut diumumkan sebagai pemenang Rocketstar Of The Week, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000.
Konsert suku akhir kali ini menyaksikan para peserta perlu melengkapkan dua tugasan iaitu persembahan solo dan pusingan battle.
Kumpulan Beatz yang dianggotai Ranisha, Yad-Z, Danny dan Aliff Kimiey berjaya menewaskan kumpulan Pulze yang dibarisi Hussain, Adam & Nazmie, Danial Kifli dan Qilo.
Kesemua juri sebulat suara memilih Beatz sebagai juara pusingan tersebut sekali gus menghadiahkan mereka wang tunai RM1,000.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bersaing bagi merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta menyertai musim ini iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.
Ganjaran itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, Big Stage Rocketfuel bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Penonton juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Barisan pempengaruh media sosial seperti Syafiqah Melvin, Alana Dunsmore, Abbas Mahmood, Muhammad Irsyad Tarudin, Nadia Azlan, Kah Pei dan Nurin Alisa antara yang hadir...