Ads

“Dia Orang Industri, Faham Kerja Kita…,” – Elisya Sandha Dah Minta Izin Suami Sebelum Jayakan Babak Mesra Bersama Aliff Aziz

Pelakon Elisya Sandha mendedahkan dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan suaminya sebelum bersetuju menjayakan adegan mesra bersama rakan pelakon, Aliff Aziz, dalam drama Madu Atau Racun.

Menurut Elisya, dia bersyukur kerana memiliki suami yang memahami kerjayanya sebagai anak seni dan mengetahui bagaimana sesuatu babak dilaksanakan di set penggambaran.

“Dia Orang Industri, Faham Kerja Kita…,” – Elisya Sandha Dah Minta Izin Suami Sebelum Jayakan Babak Mesra Bersama Aliff Aziz

“Bila dapat sahaja tawaran ini, perkara pertama yang saya buat adalah bertanya kepada suami. Saya tunjuk dan bacakan babak-babak itu kepada dia.

“Saya bertanya kepada dia, kalau saya berlakon babak ini, awak okay ke? Katanya, dia okay sahaja. Bila bercakap dengan orang industri, mereka tahu kita ada teknik helah kamera.

“Jadi, dia faham bagaimana cara kerja kita. Di tv mungkin ia nampak macam betul. Sebenarnya tidak. Pada saya, dapat suami yang memahami juga satu rezeki,” katanya kepada MH.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Madu Atau Racun, baru-baru ini.

Babak Dibincang Bersama Pengarah

Mengulas lanjut, Elisya berkata setiap adegan yang melibatkan dirinya dan Aliff akan dibincangkan terlebih dahulu bersama pengarah bagi memastikan hasil akhirnya memberi impak kepada jalan cerita serta penonton.

“Dia Orang Industri, Faham Kerja Kita…,” – Elisya Sandha Dah Minta Izin Suami Sebelum Jayakan Babak Mesra Bersama Aliff Aziz

Ads

“Bila sampai sahaja ke set, saya terus masuk ke dalam watak Nikita. Apa yang saya buat adalah berdasarkan perbincangan diantara saya bersama Aliff Aziz dan pengarah.

“Kami akan bertanya pendapat masing-masing sama ada kita selesa atau tidak buat sebegini. Babak-babak daring itu kena ada untuk menampakkan Nikita sebagai penyondol.

“Pasa saya, apa yang saya lakukan itu adalah sekadar tuntutan kerja sebagai seorang pelakon. Ia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi saya.

“Keluarga saya juga merupakan orang-orang dalam industri. Mereka memahami kerja saya dan tidak menghakimi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Elisya turut menegaskan dia tidak berdepan sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Aliff dan memilih untuk tidak mencampurkan urusan peribadi aktor berkenaan dengan komitmen mereka di set penggambaran.

Ads

“Dia Orang Industri, Faham Kerja Kita…,” – Elisya Sandha Dah Minta Izin Suami Sebelum Jayakan Babak Mesra Bersama Aliff Aziz

“Alhamdulillah, berlakon dengan Aliff Aziz sangat mudah. Saya tidak mengambil tahu mengenai kisah peribadinya di luar. Pada saya, bila datang ke set, kita kena kerja dengan baik. Itu sudah mencukupi.

“Aliff mudah dibawa berbincang. Hal ini perlu untuk jadikan naskhah ini menarik. Kita kena ada keserasian. Kalau kita buat hal sendiri, ia akan menyusahkan kita,” kongsinya lagi.

Terbawa-Bawa Watak Nikita Hingga Ke Rumah

Dalam masa sama, Elisya mengakui watak Nikita memberi kesan mendalam sehingga ada kalanya terbawa-bawa dalam kehidupan seharian di rumah.

Menurutnya, dia benar-benar menghayati watak tersebut kerana mahu kemunculan semulanya selepas melahirkan anak kedua meninggalkan impak.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Dia Orang Industri, Faham Kerja Kita…,” – Elisya Sandha Dah Minta Izin Suami Sebelum Jayakan Babak Mesra Bersama Aliff Aziz

“Saya ada terbawa-bawa juga watak ini sampai ke rumah. Saya hanyalah manusia biasa. Saya terlalu mendalami watak ini. Ini adalah kemunculan semula pertama saya selepas bersalin anak kedua.

“Bila comeback, saya mahu cerita itu meletup dan karater saya menjadi agar saya dapat berlakon cerita lebih baik selepas ini.

“Saya letakkan hati dalam watak ini. Jadi, bila balik ke rumah, ada kalanya sikap saya jadi lain. Bila suami tegur, saya minta maaf,” akhirinya.

Drama Madu Atau Racun yang mengangkat konflik rumah tangga itu bakal ditayangkan menerusi platform iQIYI bermula 14 Ogos ini.

Naskhah 12 episod itu turut dibintangi Uqasha Senrose, Adlin Aman Ramlie, Liza Abdullah, Aprena Manrose serta barisan pelakon lain.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” –...

Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.