
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, iaitu Watie Hanifiah, meluahkan rasa hati mengenai emosi yang dialaminya selepas melahirkan cahaya mata mereka.
Menerusi satu hantaran di Threads, Watie mengakui dirinya kini sedang melalui fasa emosi yang sukar dijelaskan, meskipun anaknya sudah hampir mencecah usia lima bulan.
Malah, Watie turut mempersoalkan sama ada perasaan yang dialaminya itu berkait rapat dengan penyusuan badan, selain ingin mengetahui berapa lama fasa tersebut akan berlarutan.


“Di luar nampak tenang, di dalam punya seribu satu rasa. Siapa ibu yang lepas bersalin until now, anak nak masuk 5 bulan pun masih ada rasa yang sebegini?
“Adakah sebab baby masih menyusu badan? Berapa lama rasa yang sebegini akan ada?,” soalnya.
Anak Jadi Sumber Kekuatan
Dalam hantaran sama, Watie turut berkongsi mengenai perasaan yang sukar diungkapkan sehingga memberi kesan kepada dirinya secara fizikal.
Bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk terus berfikiran positif dan menjadikan anak sebagai sumber kekuatan dalam mengharungi fasa berkenaan.


“Kenapa rasa ini wujud selepas kita melahirkan? Rasa yang susah nak diungkap, yang kadang ada ketika sampai rasa nak termuntah.
“Tapi bila pandang ‘anak’, hati terus terdetik, kalau inilah harga yang harus Mummy bayar selepas mendapatkan seketul ‘Akira’ tak apalah, Mummy tempuh dengan tenang,” luahnya lagi.
Warganet Kongsi Pengalaman, Titip Kata Semangat
Perkongsian itu meraih perhatian warganet yang rata-ratanya berkongsi pengalaman hampir sama.
Selain menitipkan kata-kata semangat buat Watie agar terus tabah melalui fasa tersebut.


Berikut adalah komen yang ditinggalkan;
“Semoga Allah berikan ketenangan untuk Kak Watie ye Aamin.”
Anda mungkin berminat dengan
“Dulu masa saya mula menyusukan anak pun tiba-tiba rasa macam nak marah, rasa macam dekat dada ni turun naik. Terus alihkan perhatian istighfar. Rupanya bila Google it’s normal, sebab bila susu nak keluar paras dopamine dalam badan ibu menurun.”
“Yes will never stop until stop breast feeding. I fully breastfeed my son until 4 years and sambung adik dia pula. Tuhan je tahu cabaran dia but Alhamdulillah berjaya juga.”
“Sama… Now baby 6 bulan masih ada rasa itu. Lebih suka melayan anak-anak je, malas nak campur dengan orang lain sekarang ni. Masih dalam fasa recovery.”
“Gonna take so much time. Itu lah fasa postpartum. Jalani sahaja. Semoga Allah permudahkan berikan ketenangan hati dan akal fikiran buat awak.. postpartum feelings are valid.”
Terdahulu, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 dan Watie selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Akira Juwita Zahra, pada 6 April lalu.
Sebelum ini, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah, iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

