Ads

Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan – “Sesuatu Yang Mengujakan.”

Pelakon Anna Jobling mencuri perhatian apabila tampil anggun menggayakan koleksi barang kemas ikonik jenama Tomei bernilai lebih RM225,000 pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) x Tomei yang berlangsung di Fountain L’Esplanade, Suria KLCC, baru-baru ini.

Sebagai wajah utama bagi jenama berkenaan, Anna tampil mempesona dengan padanan rantai leher, gelang tangan, cincin dan subang daripada koleksi Emerald & Sapphire yang mengetengahkan keindahan batu zamrud dan nilam.

Gabungan rekaan tersebut bukan sahaja  menyerlahkan keanggunannya, malah melambangkan pelakon drama Yes! Captain Zul Aaryan ini sebagai wanita moden yang yakin, elegan dan mempunyai pelbagai sisi personaliti menarik.

Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.” Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.” Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.”

Simbol Keyakinan & Ekspresi Wanita

Malah Anna menyifatkan koleksi berkenaan bukan sekadar aksesori, sebaliknya turut melambangkan keyakinan diri dan ekspresi seorang wanita.

“Saya sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini kerana ini merupakan penampilan sulung Tomei di pentas Kuala Lumpur Fashion Week.

“Koleksi Emerald & Sapphire ini sangat istimewa bagi saya kerana setiap rekaan mempunyai karakter dan identitinya yang tersendiri.

“Saya percaya setiap wanita mempunyai kisah dan ekspresi yang berbeza.

Ads

“Barang kemas bukan sekadar melengkapkan penampilan, tetapi memberi keyakinan serta menjadi simbol kepada siapa diri kita. Saya harap lebih ramai wanita berani meraikan keunikan diri mereka melalui gaya masing-masing,” katanya.

Anna pada masa sama turut terharu atas kepercayaan yang diberikan jenama terkenal itu terhadap dirinya.

“Ya, rasa terharu untuk membawa jenama ini dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk mendidik golongan wanita khususnya yang mungkin ada persepsi berbeza terhadap barangan kemas.

“Ia adalah barangan perhiasan yang sesuai digayakan oleh setiap golongan wanita.

Ads

“Saya sendiri merupakan peminat kepada barangan kemas dan sejak bersama Tomei, saya turut ambil tahu mengenai setiap koleksi yang diketengahkan. Sesuati yang cukup mengujakan,” katanya lagi.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/anna-jobling-akhirnya-akui-bercinta-dengan-karel-susanteo-belum-fikir-soal-kahwin-saya-tertarik-dengan-personalitinya/

Selain Anna, acara itu turut mencuri perhatian dengan kehadiran rakan artis lain seperti Diana Danielle, Sweet Qismina, Arabella, Chacha Maembong, Kaka Azraff dan Raden yang masing-masing hadir menggayakan koleksi barang kemas Tomei dengan nilai keseluruhan mencecah RM2 juta.

Ads

Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Urusan Kumpulan Tomei, Datuk Ng Yih Pyng dan Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia.

Anda mungkin berminat dengan

Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.” Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.” Anna Jobling Jadi Sorotan, Peraga Barang Kemas Bernilai Lebih RM225,000 di KLFW 2026, Terharu Bangga Terus Jadi Pilihan - “Sesuatu Yang Mengujakan.”

‘The Tomei Girls’ Tampil Dengan Koleksi Lebih RM4 Juta

Sementara itu, acara tersebut turut menandakan penyertaan pertama Tomei di pentas KLFW menerusi persembahan eksklusif The Tomei Girls yang menampilkan koleksi barang kemas dengan nilai keseluruhan lebih RM4 juta.

Persembahan itu meraikan kehalusan seni pertukangan, warisan reka bentuk dan visi kontemporari Tomei, dengan setiap koleksi menggambarkan perjalanan serta pelbagai dimensi wanita moden.

Lebih daripada sekadar perhiasan, setiap helaian koleksi dipersembahkan sebagai simbol identiti dan transformasi diri, membawa penonton melalui naratif bermula daripada The Awakening, diikuti The Heirloom, The Temptress, The Eternal One, The Fire Within sehingga kemuncaknya The Final Form, yang meraikan wanita yang yakin dengan dirinya sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Aina Abdul Fokus Kualiti Persembahan Di AJL40, Percaya Rezeki & Hargai...

Komposer dan penyanyi, Aina Abdul memilih untuk tidak terlalu meletakkan harapan terhadap kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), minggu ini.