Ads

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” – Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

Pelakon dan penyanyi, Isa Khan mengakui perubahan dalam sisi kerohanian yang berlaku dalam dirinya hadir secara semula jadi, tanpa berpunca daripada mana-mana peristiwa atau pengalaman tertentu.

Menurut Isa, perubahan tersebut hadir daripada gerak hati serta keinginannya untuk menyambut hidayahNya sejak hampir dua tahun lalu.

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Perubahan ini sudah berlaku hampir dua tahun. Ia terjadi secara natural, bukan disebabkan apa-apa perkara.

“Mungkin gerak hati, mungkin juga Allah nak beri hidayah dan saya sambut cuba benda itu,” katanya kepada MH.

Isa berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan kumpulan baharunya, K4LAM, yang berlangsung di The Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Manfaatkan Media Sosial Untuk Sebar Kebaikan

Dalam pada itu, vokalis kumpulan K4LAM itu turut melihat media sosial sebagai platform terbaik untuk berkongsi mesej yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Ads

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Ada sedikit pengikut yang Allah SWT pinjamkan kepada saya.

“Jadi daripada saya kongsi perkara yang tidak baik, lebih baik saya sampaikan benda yang memberi manfaat.

“Mungkin tidak semua suka, tetapi sekurang-kurangnya ada yang menerima dan mengamalkannya dalam kehidupan.

Ads

“Itu sudah cukup menjadi saham untuk saya,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Isa juga meluahkan rasa syukur apabila usaha yang dilakukannya untuk berkongsi perkara-perkara baik kian menerima reaksi positif daripada orang ramai.

“Alhamdulillah, kebanyakan penonton dan pengikut memang sudah mengenali saya.

“Saya tidak berani untuk mengatakan saya sudah berubah ke arah baik sepenuhnya.

“Saya hanya cuba berkongsi perkara baik sahaja. Apa yang dihasilkan dalam karya ini juga adalah satu hal yang baik juga sebenarnya,” katanya.

Ads

Enggan Dilabel Sudah ‘Hijrah’

Mengulas lanjut, pelakon berusia 31 tahun itu mengakui dirinya masih berada dalam proses memperbaiki diri dan berharap setiap apa yang dilakukan mampu memberi manfaat kepada para ramai orang.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Saya Hanya Cuba Untuk Jadi Manusia Yang Lebih Baik,” - Isa Khan Tak Selesa Istilah ‘Hijrah’, Mahu Terus Kongsi Kebaikan

“Saya juga tidak selesa untuk mengatakan yang saya sudah berhijrah. Perkataan itu agak ‘berat’ untuk saya. Saya hanya cuba menjadi manusia yang lebih baik.

“Semoga karya ini dapat menarik lebih banyak golongan anak muda untuk mempunyai minat dalam perkara ketuhanan daripada perkara lara.

“Mungkin ada elemen muzik, tetapi dalam lirik itu sendiri ada sesuatu yang boleh kita dipelajari. Itu harapan saya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Alhamdulillah…,” – Ayda Jebat Terima Pingat Bintang Cemerlang Melaka, Anggap Antara...

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur selepas dianugerahkan Pingat Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta jasanya sebagai anak seni yang telah mengharumkan nama negeri Melaka.