Ads

“Ya Tuhan, Fitnah…,” – Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis

Pelakon Sharmaine Alexender tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia menjalani prosedur face filler selepas perubahan pada wajahnya menjadi perhatian di media sosial.

Menurut Sharmaine, perubahan tersebut bukan berpunca daripada sebarang rawatan kosmetik, sebaliknya merupakan kesan sampingan ubat steroid yang perlu diambil bagi merawat penyakit psoriasis yang dihidapinya.

“Ya Tuhan, Fitnah…,” - Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis

“Ya Tuhan, fitnah face filler pula? Saya ada psoriasis dan saya perlu ambil ubat-ubatan steroid. Ada kalanya, wajah saya akan sedikit mengembang kerana kesan sampingan.

“Syukur psoriasis saya sekarang sudah bertambah baik. Ini sebabnya mengapa pendidikan itu sangat penting.

“Ia mengajar kita untuk tidak membuat andaian sesuka hati tentang penampilan orang lain,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut dikongsikan oleh pemenang gelaran Dewi Favourite dalam pencarian Dewi Remaja 2025 itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

“Ya Tuhan, Fitnah…,” - Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis “Ya Tuhan, Fitnah…,” - Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis

Jangan Mudah Buat Andaian

Dalam pada itu, Sharmaine turut mengingatkan agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan terhadap perubahan fizikal seseorang kerana tidak semua perubahan pada wajah berlaku disebabkan prosedur kosmetik.

Ads

“Ya Tuhan, Fitnah…,” - Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis

“Tidak semua perubahan yang berlaku pada wajah seseorang disebabkan prosedur kosmetik. Ada kalanya ia berlaku disebabkan keadaan kesihatan atau ubat-ubatan yang terpaksa mereka ambil.

“Pendidikan memberi kita ilmu dan kemampuan berfikir secara kritis untuk membuat penilaian yang adil, berasaskan fakta serta penuh belas ihsan, bukannya terburu-buru membuat andaian.

Ads

“Berbuat baik tidak memerlukan apa-apa kos, tetapi andaian yang salah boleh melukakan hati seseorang,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

“Ya Tuhan, Fitnah…,” - Sharmaine Alexender Nafi Buat ‘Face Filler’, Wajah Berubah Sebab Kesan Ubat Psoriasis

Sebelum ini, penampilan Sharmaine menerusi drama Kasih Yang Terkorban mencuri perhatian ramai.

Malah, ada pihak yang membuat andaian pelbagai, sehingga wujud dakwaan berlakunya komen bersifat ‘face-shaming’ terhadapnya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Danial Kifli Hanya Raih 65.50%, Akui Persembahan Belum Capai Tahap Terbaik...

Peserta Big Stage Rocketfuel, Danial Kifli mengakui sedih apabila namanya diumumkan berada di kedudukan terakhir pada konsert minggu keenam pertandingan realiti nyanyian itu, malam tadi.