Ads

Debut Pertama K.O.I Bawa Tuah, Juara AJL40! Aina Abdul Raih Total RM62,000 & Jadi Wakil Malaysia Ke Eurovision Asia

Lagu Tiwikarma nyanyian K.O.I muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan menerusi karya ciptaan Zai Hamzah, Hemo Globin dan Achoi Floor 88 itu melayakkan mereka membawa pulang trofi berserta wang tunai RM100,000.

Menurut salah seorang anggota K.O.I, Mya Nana, kejayaan tersebut tidak mungkin diraih tanpa sokongan padu daripada keluarga, peminat serta semua pihak yang sentiasa berada di belakang mereka.

Beliau turut mendedikasikan kemenangan itu kepada keluarga mereka di Borneo, selain berterima kasih kepada ketua juri yang memberikan peluang untuk mereka membuktikan kemampuan di pentas AJL40.

“Terima kasih kepada semua yang sokong kami. Terima kasih keluarga kami daripada Borneo. Ini semua untuk anda. Terima kasih juga kepada KOI Clan.

“Terima kasih juga kepada ketua juri kerana beri peluang. Kami akan sentiasa tunduk ke bumi dan merendah diri,” katanya ketika di atas pentas.

Naib juara AJL40 menjadi milik lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno. Lagu ciptaan Aisha dan Radi itu membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Lumangad Oku Dika, yang dinyanyikan dan dicipta sepenuhnya oleh Ryenald Guntabid. Kemenangan itu melayakkan beliau menerima trofi dan wang tunai RM30,000.

Ads

Aina Abdul Bakal Wakili Malaysia ke Eurovision Asia

Sementara itu, Aina Abdul memenangi Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Kamu.

Persembahan bertemakan gunung berapi itu melayakkan Aina membawa pulang wang tunai RM12,000.

Dalam masa sama, Aina turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Pilihan Shopee, sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 serta kontrak bersama Shopee.

Bukan itu sahaja, Aina juga bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Ads

Dalam kategori Vokal Terbaik, penyanyi Marsha Milan muncul sebagai pemenang menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa.

10 Lagu Berentap, AJL40 Dimeriahkan Barisan Bintang Tersohor

Sebanyak 10 lagu bertanding pada malam itu bagi merebut gelaran juara AJL40.

Antara lagu yang dipertandingkan ialah Kamu (Aina Abdul), Lemah (Dayang Nurfaizah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan), Tiwikarma (K.O.I) dan Tak Adil (Aisha Retno).

Turut bersaing ialah Nurcinta (Amir Masdi), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Semacam Pandora (Hazama), Ke Mana Ni (Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salammusik) serta Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid).

Ads

Acara berprestij itu dihoskan oleh gandingan Nazrudin Rahman dan Sissy Iman.

Anda mungkin berminat dengan

AJL40 membuka tirai dengan persembahan daripada barisan artis popular tanah air seperti Francissca Peter, Misha Omar, Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri dan Azlan & The Typewriter.

Bersempena empat dekad penganjurannya, AJL40 turut diserikan dengan kemunculan istimewa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berduet bersama penyanyi muda Umairah menerusi lagu popular, Cindai.

Segmen Interlude pula menampilkan dua diva terkenal, Ziana Zain dan Amelina.

Ziana menghiburkan penonton menerusi lagu Sangkar Cinta dan Madah Berhelah, manakala Amelina menggamatkan suasana dewan dengan lagu Asyik.

AJL40 berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Karl Shafek

Karl Shafek Kembali Naik Pentas Selepas Hampir 10 Tahun, Rela ‘Masak’...

Selepas hampir sedekad menyepi daripada pentas teater, pelakon Karl Shafek kembali mengubat kerinduan apabila membintangi Teater Muzikal Tomyam Berdarah terbitan CTRA Production yang bakal...