Ads

“Rugilah Tak Dapat Baca Update…,” – Fazley Yaakob Sekat Netizen Acah Bagus & Tak Beradab, Seloroh Minta Cadangan Tarikh Majlis Dengan Vida

Dato' Fazley
Dato' Fazley

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan teguran secara berhemah terhadap isu sensasi membabitkan dirinya dan teman rapat, usahawan Datuk Seri Vida.

Menurut Fazley, dia berharap segala-galanya akan kembali baik selepas ini.

“Rugilah Tak Dapat Baca Update…,” - Fazley Yaakob Sekat Netizen Acah Bagus & Tak Beradab, Seloroh Minta Cadangan Tarikh Majlis Dengan Vida

“Okay guys let’s move on ya. Terima kasih semua yang sentiasa beri kata-kata positif dan teguran yang membina. Moga baik-baik sahaja semuanya lepas ni,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Janji Diana itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, pada Jumaat.

Sekat Pengkritik Tidak Beradab

Bagaimanapun, Fazley menegaskan dia memilih untuk menyekat akaun-akaun yang memberikan teguran secara kasar dan tidak beradab.

“Rugilah Tak Dapat Baca Update…,” - Fazley Yaakob Sekat Netizen Acah Bagus & Tak Beradab, Seloroh Minta Cadangan Tarikh Majlis Dengan Vida

Ads

“Yang acah-acah bagus dan berkata-kata tanpa adab itu, saya sudah block tahu siap-siap.

“Rugilah mereka itu sebab tak dapat baca update, tengok video-video dan dengar gelak ketawa DSV itu,” kongsinya lagi.

Seloroh Tentang Hari Bahagia Bersama Vida

Dalam masa sama, dia turut berseloroh mengenai perancangannya untuk melangkah ke fasa bahagia bersama Vida.

“Rugilah Tak Dapat Baca Update…,” - Fazley Yaakob Sekat Netizen Acah Bagus & Tak Beradab, Seloroh Minta Cadangan Tarikh Majlis Dengan Vida

“Jadi, buat anda yang tak diblock tu, terima kasih kerana masih setia bersama susah dan senang.

Ads

“Ada cadangan ke bila patutnya majlis kami di adakan? Bulan 10 dah jadi milik pasangan lain,” kongsinya lagi.

Beberapa hari lalu, video yang memaparkan Vida yang dipercayai kurang sihat ketika berada di Langkawi, Kedah mencetuskan tular di kalangan warganet.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/bila-waktu-sesuai-paluan-kompang-itu-akan-jadi-realiti-fazley-yaakob-beri-bayangan-indah-hubungan-dengan-vida-dengar-ada-jerit-kahwin/

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Video Terima Reaksi Pelbagai

Sementara itu, Fazley pula menerima kecaman hebat susulan tindakannya dilihat seolah-olah mengurut pengasas kosmetik itu Vida ketika berada di hotel sambil ditemani beberapa individu terdekat.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen menyifatkannya sebagai keterlaluan dan kurang sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Malah, ada yang menegur Fazley supaya lebih menjaga batas serta sensitiviti, khususnya ketika merakam dan berkongsi momen peribadi bersama Vida di media sosial.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Threads Datuk Fazley Yaakob & Instagram Datuk Seri Vida

@mediahiburanofficial Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob berkongsi perasaan mereka saat tampil di pertunjukan fesyen KLFW 2026 yang menampilkan Behati malam tadi. Katanya mereka juga terkejut bila ada paluan kompang saat berjalam di pentas runaway. Datuk Fazley siap beri hint lagi fasal simbolik kompang itu😍💕 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

A. Aida

A. Aida Ulas & Perbetulkan Isu Gurau Letak Hantaran Azeva RM10...

Penerbit Datuk A. Aida tampil menjelaskan kenyataan berhubung wang hantaran bernilai RM10 juta buat mereka yang berhajat mahu memperisterikan anak keduanya, penyanyi dan hos Azeva Natassha.