
Menepati ramalan, Hussain muncul sebagai juara Big Stage Rocketfuel yang melabuhkan tirai saingan pada malam tadi.
Anak kepada penyanyi senior Jamilul Hayat itu memukau juri menerusi persembahan lagu Seniman Menangis yang disampaikan dengan penuh emosi sehingga memperoleh markah tertinggi sebanyak 80.97%.
Kemenangan itu menyaksikan Hussain berjaya menewaskan lima peserta lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah single serta peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000.
Selain itu, Hussain turut menerima trofi sumbangan Astro dan dinobatkan sebagai pemenang Rocketstar Of The Week Big Stage Rocketfuel, juga membawa pulang hadiah tambahan bernilai RM2,000.
Lebih membanggakan, bintang muda ini turut menerima pengiktirafan Anugerah Peserta Program Realiti Paling Lama Bertahan di Astro selepas mencatat rekod penyertaan selama 18 minggu.


Baca Artikel Lain;
Kedudukan Enam Finalis
Tempat kedua menjadi milik duo Adam Nazmie yang mengumpul markah 61.55%.
Mereka membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah single, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 serta trofi.
Ranisha pula mencipta sensasi apabila menduduki tempat ketiga dengan markah 60.69% lalu membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single serta peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000.
Sementara itu, Danny diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dengan markah 57.07%, diikuti Yad-Z di tempat kelima yang memperoleh 54.97%.
Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, single baharu dan trofi.
Danial Kifli pula menamatkan saingan di tempat keenam dengan markah 53.37%, menerima hadiah wang tunai RM3,000, single baharu serta trofi.
Anda mungkin berminat dengan
Berbeza dengan konsert-konsert sebelum ini, keputusan juara Big Stage Rocketfuel malam ini tidak ditentukan sepenuhnya berdasarkan markah juri.
Sebaliknya, keputusan turut mengambil kira undian penonton bagi menentukan kedudukan akhir keenam-enam finalis.
Pada konsert akhir, Big Stage Rocketfuel menampilkan Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini sebagai juri tetap, sementara maestro muzik Datuk Ramli MS tampil sebagai juri jemputan.
Sepanjang penganjurannya, Big Stage telah melahirkan beberapa juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020), Elica Paujin (2022), Nadeera Zaini (2023) dan Ariel Fesol (2026).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

