
Penyanyi Hussain menyifatkan kejayaannya muncul sebagai juara Big Stage Rocketfuel pada malam Ahad sebagai satu rezeki dan momen paling bermakna yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
Menurut Hussain, kemenangan tersebut menjadi bukti bahawa segala usaha, disiplin dan pengorbanannya sepanjang 18 minggu bertanding di program terbitan Astro akhirnya membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, saya sudah buktikan dan berikan persembahan terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. Pada saya, ini adalah rezeki dan momen yang tidak akan saya lupakan.
“Kejayaan ini juga merupakan berkat doa daripada keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong saya daripada tiada apa-apa sehinggalah sekarang.
“Selama 18 minggu berjuang di program Astro, saya memang sangat penat. Sebab itulah saya sujud lama tadi. Saya kini sudah ‘bebas’.
“Kini, saya boleh makan dan minum apa yang saya suka. Sebelum ini, saya banyak berpantang. Durian pun saya tak boleh makan. Sampai sudah habis musim,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi senior, Jamilul Hayat itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Big Stage Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Hadiah Buat Abah, Simpan Sendiri Segala Pengorbanan
Dalam pada itu, Hussain memberikan dedikasi kemenangan tersebut kepada bapanya sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang dicurahkan sejak kecil.
Menurutnya, kejayaan itu juga menjadi hadiah istimewa buat bapanya selepas dia pernah melalui fasa remaja yang menyebabkan dirinya banyak mengecewakan insan tersebut.

“Kejayaan ini juga adalah hadiah saya buat abah. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada beliau. Ibu dan ayah telah membesarkan saya dan banyak memberikan tunjuk ajar.
“Sebelum ini, saya banyak mengecewakan abah. Ketika itu saya masih lagi di fasa remaja dan agak nakal. Jadi, saya nak hadiahkan kemenangan ini buat abah,” ujarnya.
Mengulas mengenai cabaran yang ditempuhi sepanjang 18 minggu dalam pertandingan itu, Hussain mengakui dia lebih selesa menyimpan segala kesukaran tersebut untuk dirinya sendiri dan Allah SWT.

“Apa yang membuatkan saya mampu bertahan ini adalah kerana berkat doa keluarga dan peminat. Tanpa mereka, siapalah saya dan tak mungkin saya akan berada di sini.
“Saya sebenarnya susah nak bagitahu apa dugaan dan cabaran yang saya lalui selama 18 minggu ini. Biarlah diantara saya dan Tuhan sahaja tahu betapa penatnya saya.
“Fokus saya hanya untuk berikan persembahan terbaik setiap minggu. Kalau boleh saya nak tidur dua hari. Namun, sudah pasti saya akan merindui momen-monen ini,” kongsinya lagi.
Baca Artikel Lain;
Rancang Meet & Greet Buat Peminat
Berkongsi mengenai perancangan menggunakan wang kemenangan, Hussain berkata perkara pertama yang ingin dilakukannya ialah menganjurkan sesi meet & greet sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia menyokong perjalanan seninya.
Menurut Hussain, hasrat tersebut sebenarnya sudah lama dirancang sejak menyertai program Talk To My Manager (TTMM), namun tertangguh dan kini dia mahu menunaikan janjinya.


Anda mungkin berminat dengan
“Bercakap tentang duit kemenangan, pertama sekali saya nak buat meet & greet. Sejak TTMM lagi ia sudah tertangguh. Saya sudah lama berhutang dengan peminat saya.
“Saya teringin nak belanja mereka Nasi Lemak Buckle Up yang disediakan oleh ibu saya,” akhirinya.
Terdahulu, Hussain tampil cemerlang menerusi tiga tugasan pada Konsert Akhir Big Stage Rocketfuel sekali gus melayakkan dirinya dinobatkan sebagai juara.
Menewaskan lima peserta lain, Hussain membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sebuah single serta peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000.
Malah, dia turut membawa pulang trofi sumbangan Astro selain dinobatkan sebagai pemenang Rocketstar Of The Week Big Stage Rocketfuel yang melayakkannya menerima hadiah tambahan bernilai RM2,000.
Lebih membanggakan, Hussain turut menerima pengiktirafan Anugerah Peserta Program Realiti Paling Lama Bertahan di Astro selepas berjaya mengharungi pertandingan selama 18 minggu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
@mediahiburanofficial Penyanyi Hussain menyifatkan kejayaannya muncul sebagai juara Big Stage Rocketfuel pada malam Ahad sebagai satu rezeki dan momen paling bermakna yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Menurut Hussain, kemenangan tersebut menjadi bukti bahawa segala usaha, disiplin dan pengorbanannya sepanjang 18 minggu bertanding di program terbitan Astro akhirnya membuahkan hasil 🥹🫶🏻 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

