
All Star Influencers Award (ASIA) 2026 mencatatkan kumulatif sebanyak 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, sekali gus membuktikan potensi platform pempengaruh dalam memperluas promosi Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi medium digital.
Pengasas ASIA, Dato’ Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran tahun ini menghimpunkan 110 pempengaruh dari 20 negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026-2027.
“Pencapaian 3.8 bilion tontonan ini membuktikan bahawa kandungan digital mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan Malaysia kepada dunia, khususnya menerusi keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan kita.
“Melalui ASIA, kita mahu memanfaatkan kekuatan pempengaruh antarabangsa untuk membawa cerita tentang Malaysia kepada khalayak global dengan cara yang lebih kreatif, autentik dan berkesan.
“Menerusi ASIA, kita membawa pempengaruh antarabangsa meneroka pelbagai destinasi di Malaysia dan berkongsi pengalaman mereka melalui kandungan media sosial.
“Pendekatan ini membolehkan keindahan lokasi pelancongan, keunikan budaya serta makanan tempatan diperkenalkan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia,” katanya.
Himpun 110 Pempengaruh, Dinda Anwar Raih Anugerah Utama
Kemuncak ASIA2026 menyaksikan Dinda Anwar dari Indonesia dinobatkan sebagai penerima Best Influencer Award, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai USD10,000.
Dinda turut memenangi kategori Best Culture Curator, yang menawarkan trofi serta wang tunai USD1,000.
Tempat kedua dimenangi Zulqarnain dari Pakistan yang menerima trofi dan wang tunai USD5,000, manakala Duc Koi dari Vietnam menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang trofi dan wang tunai USD3,000.
Hadiah disampaikan oleh Dato’ Abd Rahman bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.
Mengulas kemenangan para penerima anugerah, Dato’ Abd Rahman berkata ASIA terus komited mengiktiraf kreativiti dan kualiti kandungan dalam kalangan pempengaruh antarabangsa.
“Kami mahu ASIA menjadi platform yang mengiktiraf pempengaruh bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi juga kreativiti, kualiti penceritaan dan keupayaan menghasilkan kandungan yang memberi impak kepada audiens.
“Tahniah kepada semua pemenang. Kami berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk mereka terus berkembang, menghasilkan kandungan berkualiti dan membina lebih banyak kerjasama merentasi negara,” katanya.
ASIA2026 menampilkan 13 kategori anugerah yang mengiktiraf kreativiti, kualiti kandungan dan keupayaan pempengaruh mengetengahkan pelbagai perspektif budaya.
Tahun ini, ASIA2026 membawa 110 pempengaruh dari 20 negara, antaranya Jepun, Korea Selatan, Bahrain, Taiwan, India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboja, Thailand, Rusia, Filipina, Arab Saudi dan Indonesia, untuk menjelajah ke beberapa destinasi di Malaysia termasuk Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Langkawi, Pulau Pinang dan Sabah.

Baca Artikel Lain;
3.8 Bilion Tontonan Digital Perkukuh Promosi Pelancongan Negara
Sejak diperkenalkan pada 2023, ASIA telah mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital, sekali gus memperkukuh potensinya sebagai medium promosi antarabangsa serta menyokong usaha memperkenalkan Malaysia kepada dunia.
Pencapaian itu turut memperlihatkan bagaimana kandungan digital yang dihasilkan pempengaruh antarabangsa mampu menjadi medium untuk mengetengahkan keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan tempatan kepada khalayak global, selari dengan usaha Tourism Malaysia mempromosikan negara menerusi kempen Visit Malaysia 2026-2027.
Berikut ialah senarai pemenang ASIA2026 mengikut kategori:
Best Influencer Award
Dinda Anwar (Indonesia)
Tempat Kedua: Zulqarnain (Pakistan)
Tempat Ketiga: Duc Koi (Vietnam)
Senarai Pemenang Mengikut Kategori;
Best Gourmet Story: Zulqarnain (Pakistan)
Best New Mixed Dance: Group B – Perak-Kuala Lumpur
Best Culture Curator: Dinda Anwar (Indonesia)
Anda mungkin berminat dengan
Best Story Teller: Duc Koi (Vietnam)
Best Mixed Language: Group A – Johor-Negeri Sembilan
Best Comedy Maestro: Group E – Perak-Kuala Lumpur
Best Transition: Herony (Filipina)
Best Compilation
Johor-Negeri Sembilan: Aikah (Malaysia)
Perak-Kuala Lumpur: Felicia (Indonesia)
Terengganu-Pahang: Durdona (Uzbekistan)
Langkawi-Pulau Pinang: Haikal Equino (Indonesia)
Sabah: Raymart (Filipina)
Best Dedication Award: Haikal Irfan (Malaysia)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

