Ads

KES: Tamimi Siregar Kekal Dominan, Raih Markah Tertinggi 73.98%, Maria Tunku Sabri Paling Corot 45.06%… Tiada Penyingkiran Diumumkan

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Dato’ A. Tamimi Siregar sekali lagi berjaya menambat hati barisan juri menerusi persembahannya pada saingan konsert minggu kedua, malam tadi.

Menerusi lagu Jangan Ditanya, nyanyian asal Ismail Marzuki, Tamimi berjaya meraih markah keseluruhan tertinggi sebanyak 73.98 peratus.

Sementara itu, Maria Tunku Sabri, Rashdan Baba dan Mubarak Majid masing-masing berada kelompok tiga terbawah dari segi kutipan markah iaitu masing-masing dengan 53.48%, 49.06% dan 45.06%.

Bagaimanapun, Maria yang membawakan lagu Hatiku Kau Guris Luka nyanyian asal Sweet September, menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan.

KES: Tamimi Siregar Kekal Dominan, Raih Markah Tertinggi 73.98%, Maria Tunku Sabri Paling Corot 45.06%… Tiada Penyingkiran Diumumkan KES: Tamimi Siregar Kekal Dominan, Raih Markah Tertinggi 73.98%, Maria Tunku Sabri Paling Corot 45.06%… Tiada Penyingkiran Diumumkan

Ads

Berikut adalah markah keseluruhan bagi kesemua peserta;

  1. Datuk A. Tamimi Siregar – 73.98%
  2. Datuk Jalaludin Hassan – 64.31%
  3. Zila Bakarin – 62.93%
  4. Amyza Aznan – 61.95%
  5. Rahhim Omar – 59.29%
  6. Fazlina Ahmad Daud – 55.03%
  7. Khaty Azian – 54.91%
  8. Rashdan Baba – 53.48%
  9. Maria Tunku Sabri – 49.06%
  10. Mubarak Majid – 45.06%

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/tamimi-siregar-menyala-raih-markah-78-29-mubarak-majid-paling-corot-51-15-saingan-pembukaan-kes-berakhir-tanpa-penyingkiran/

Ads

Format Program & Penjurian

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman sementara kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Maestro muzik, Dato’ Ramli MS diundang sebagai juri jemputan minggu ini.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan oleh panel juri profesional, manakala baki 20 peratuslagi diperoleh menerusi undian penonton secara dalam talian.

Ads

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Masih Ada Tawaran Sampai Sekarang, Cuma Saya Cakap Tak Boleh,” –...

Walaupun masih menerima pelbagai tawaran daripada penerbit dan stesen televisyen, selebriti dan usahawan, Noor Neelofa memilih untuk memperlahankan langkah dalam dunia hiburan buat sementara...