Ads

Adam Nazmie Cemerlang ‘Da Bomb’ 79.50%, Peserta ‘Bottom Three’ Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Big Stage Rocketfuel

Tiga bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z mampu menarik nafas lega apabila tiada mana-mana peserta yang diumumkan tersingkir dalam sainga konsert minggu kelima.

Malam tadi, ketiga-tiga peserta itu berada di kelompok tiga terbawah selepas memperoleh markah paling rendah daripada barisan juri menerusi persembahan masing-masing.

Terbaik Adam Nazmie!

Sementara itu, Adam Nazmie berjaya muncul sebagai peserta terbaik minggu ini apabila sukses menambat hati juri menerusi persembahan lagu Da Bomb, yang dipersembahkan secara duet bersama Sarah Suhairi.

Pasangan duo adik-beradik itu memperoleh markah sebanyak 79.50% sementara tempat kedua disandang Ranisha yang menyampaikam lagu ‘Kamu’ bersama Daniel Chuer dengan 78.50%.

Hussain pula meraih 73.75% dan berada di kedudukan ketiga menerusi persembahannya bersama Putera Muhammad di dalam tugasan Multi-Track: A Duet With Popular BBNU Artist itu.

Ads

Adam Nazmie Cemerlang ‘Da Bomb’ 79.50%, Peserta ‘Bottom Three’ Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Big Stage Rocketfuel Adam Nazmie Cemerlang ‘Da Bomb’ 79.50%, Peserta ‘Bottom Three’ Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Big Stage Rocketfuel Adam Nazmie Cemerlang ‘Da Bomb’ 79.50%, Peserta ‘Bottom Three’ Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Big Stage Rocketfuel

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/adam-nazmie-kuasai-big-stage-rocketfuel-minggu-ketiga-dengan-74-33-tiada-rezeki-sabrina-jadi-peserta-kedua-tersingkir/

Ads

Peserta Rebut Kontrak Bernilai RM200,000

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan berentap bagi merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta bersaing pada musim ini, terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Ads

Hadiah tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Anda mungkin berminat dengan

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon & Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin Sah Bergelar Isteri Dengan...

Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...
error: Hello. Cannot.