
Saingan pembukaan program realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES) menyaksikan bintang otai terkenal, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar mencuri perhatian apabila muncul sebagai peserta dengan markah keseluruhan tertinggi pada konsert minggu pertama menerusi tugasan ‘Try, Test, Tengok’.
Membawakan lagu Penantian nyanyian asal Zubir Ali, persembahan Tamimi berjaya memikat hati barisan juri dan penonton menerusi kekuatan vokal serta penghayatan yang penuh emosi di atas pentas.
Berbekalkan pengalaman hampir lima dekad dalam dunia seni, Tamimi mengumpul markah sebanyak 78.29 peratus, sekali gus mengatasi sembilan peserta lain yang turut berentap pada konsert berkenaan.

Di tempat kedua pula ialah pelakon Amyza Aznan yang memperoleh 71.28 peratus menerusi persembahan lagu Kau Racun Hidupku, nyanyian asal Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.
Sementara itu, pelakon terkenal Datuk Jalaludin Hassan berjaya menghangatkan suasana Auditorium MBSA, Shah Alam menerusi lagu ikonik Biarlah Bulan Bicara.
Persembahan yang sarat dengan emosi itu meletakkan beliau di kedudukan ketiga dengan markah 70.51 peratus.
Tiada Penyingkiran Minggu Pertama
Tiga peserta yang berada di kelompok terbawah ialah Khaty Azian dengan 60.36 peratus, diikuti Maria Tunku Sabri (58.97 peratus) dan Mubarak Majid (55.15 peratus).
Bagaimanapun, kesemua peserta yang berada di kedudukan tiga tercorot boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu pertama.
Ini bermakna, semua peserta masih berpeluang memperbaiki prestasi masing-masing dan tampil dengan persembahan yang lebih mantap pada minggu seterusnya.
Berikut merupakan markah keseluruhan para peserta pada konsert minggu pertama Kilauan Emas Selebritimengikut kedudukan;

Baca Artikel Lain;
Rezeki Zila Bakarin
Dalam pada itu, pelakon Zila Bakarin diumumkan sebagai penerima anugerah Emas Berkilau Of The Week, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 yang disumbangkan kepada komposer, Rosli Selasih.
Konsert pembukaan Kilauan Emas Selebriti turut diserikan dengan persembahan daripada persembahan artis legenda seperti Datuk Jeffrydin serta Ajin Blackrose dan Zulkif Headwind menerusi segmen ‘Telan Keset’.
Sementara itu, Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse bertindak sebagai juri tetap, manakala Azmi Saat tampil sebagai juri jemputan.
Anda mungkin berminat dengan
Program yang dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman itu bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam di Astro Prima.
Penonton juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro X3 dan Sooka.


Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

