Ads

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton – “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Pelakon dan pengacara Jihan Muse mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).

Menurut Jihan, meskipun pernah menjadi juri bagi program pertandingan nyanyian The Chosen One, peluang kali ini bagaimanapun dilihat sebagai sesuatu yang berbeza buat dirinya.

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Terkejut Ditawarkan Untuk Duduk Di Kerusi Juri

“Bila saya ditawarkan untuk jadi juri, memang saya terkejut.

“Tapi sebelum ini pun, antara ‘job’ terakhir saya ialah sebagai juri The Chosen One, cuma ia melibatkan kanak-kanak.

“Kalau untuk peserta kali ini, saya rasa ‘vibe’ dia lebih kurang macam Gegar Vaganza, misalnya dari segi usia dan pengalaman mereka.

“Apa pun, saya cuba yang terbaik insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Pengenalan Peserta Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Pada masa sama, pelakon filem Busker itu turut berasa gementar apabila perlu menilai persembahan peserta secara lebih serius memandangkan sebelum ini dia lebih banyak berperanan sebagai seorang pengacara.

Ads

“Kalau sebelum ini, saya ialah pengacara sahaja untuk hiburkan penonton. Malah ketika itu, saya juga tiada hak untuk mengkritik nyanyian atau persembahan.

“Jadi bila kali ini diberi tanggungjawab untuk menilai, memang ada rasa takut. Saya bertanya kepada diri sendiri, boleh ke saya buat?,” soalnya.

Lega Tak Perlu Nilai Vokal

Walaupun berasa bimbang, Jihan tetap teruja untuk bersama-sama di dalam musim terbaharu program realiti itu kerana baginya, ia bukan sekadar menawarkan hiburan, tetapi turut membawa misi untuk berbuat kebaikan.

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

“Walaupun saya agak bimbang dan ‘pressured’ saya masih teruja sebab program ini bukan sekadar hiburan, tapi juga untuk buat kebaikan.

Ads

“Bila kita boleh menghiburkan orang dan pada masa sama memberi kembali kepada masyarakat, saya rasa itu sesuatu yang sangat bermakna, lebih-lebih lagi dengan usia kita sekarang,” katanya lagi.

Dalam masa sama, kebimbangan Jihan sedikit berkurang selepas dimaklumkan peranannya bukanlah untuk menilai aspek vokal peserta secara menyeluruh.

Sebaliknya, lebih kepada perspektif seorang penonton berdasarkan pengalamannya dalam dunia penyiaran.

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Jihan Muse ‘Nervous’ Dapat Tawaran Jadi Juri Kilauan Emas 2026, Jadi ‘Mata’ Kepada Penonton - “Tertanya Mampu Ke Saya Buat?”

Ads

“Apabila diberitahu saya tidak akan menilai dari segi vokal, saya lega.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya memang tidak layak kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Cumanya, peranan saya kali ini lebih kepada menjadi ‘mata’ penonton di rumah.

“Sepanjang menjadi pengacara program, saya sudah lihat banyak persembahan dari pelbagai sudut.

“Dari belakang pentas, tepi, bawah, dan juga di kaca televisyen. Jadi semua pengalaman itu saya akan gunakan untuk nilai keseluruhan persembahan,” ujarnya.

Untuk rekod, Jihan muse diumumkan sebagai salah seorang daripada juri tetap yang akan bergandingan bersama Datuk Yusry Abdul Halim.

KES 2026 bakal berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos 2026.

Program yang dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman itu akan disiarkan setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Apa Yang Saya Rasa, Itu Tak Penting,” – Jalani Co-Parenting Bersama...

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya kini lebih selesa untuk tidak berkongsi perkara berkaitan kehidupan peribadi di media sosial.