Ads

“Walaupun Kita Tak Sampai Ke Jenjang Pelamin…,” – Roslan Shah Reda Kalau DSV Berjodohan Dengan Fazley Yaakob, Tak Kecil Hati

Penyanyi dan pengacara Roslan Shah menerima dengan hati terbuka sekiranya usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, ditakdirkan bertemu jodoh dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Roslan, meskipun dia dan Vida pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa, dia tetap mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

“Walaupun Kita Tak Sampai Ke Jenjang Pelamin…,” – Roslan Shah Reda Kalau DSV Berjodohan Dengan Fazley Yaakob, Tak Kecil Hati

Reda Soal Jodoh, Utamakan Persahabatan

“Pada saya, jodoh, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Tak mengapalah jika Fazley nak berkahwin dengan Vida. Walaupun dahulu ramai yang uar-uarkan Vida nampak serasi dengan saya, saya tak rasa cemburu.

“Saya ada hubungan Vida dan maklumkan, walaupun kita tak sampai ke jinjang pelamin, tak mengapalah,” katanya kepada MH.

Walaupun sudah menjalinkan hubungan baik dengan kedua-dua anak Vida iaitu Cik B dan Kacak, Roslan menyifatkan dirinya tetap menghargai persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

Ads

“Walaupun Kita Tak Sampai Ke Jenjang Pelamin…,” – Roslan Shah Reda Kalau DSV Berjodohan Dengan Fazley Yaakob, Tak Kecil Hati

“Cik B dan Kacak juga sudah boleh menerima saya. Saya tidak berkecil hati dan sentiasa terbuka. Rezeki masing-masing sudah tertulis. Pada saya, persahabatan itu tetap diutamakan.

“Ramai yang hantar komen kepada saya bagitahu, Fazley sudah rampas Vida daripada saya. Ada juga yang bertanya bukan ke saya sudah bertunang dengan Vida?

“Kita tak tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi saya sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kalau itu jodoh mereka, Alhamdulillah,” katanya.

Ads

Bakal Kembali Bekerjasama, Doakan Kejayaan Vida & Cik B

Dalam masa sama, Roslan memaklumkan dia dan Vida akan terus mengekalkan hubungan persahabatan yang baik dan bakal kembali bekerjasa dalam masa terdekat.

“Walaupun Kita Tak Sampai Ke Jenjang Pelamin…,” – Roslan Shah Reda Kalau DSV Berjodohan Dengan Fazley Yaakob, Tak Kecil Hati

“Kami akan bertemu semula dalam masa dua minggu lagi di Singapura. Kami akan kembali berkerjasama. Saya bagitahu Vida, kita tetap boleh bekerjasama demi persahabatan.

Ads

“Kita tolak tepi dahulu soal jodoh,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Sementara itu, Roslan turut mendoakan agar Vida dan anaknya, Cik B, berjaya mencipta kecemerlangan pada Grand Finale Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) yang bakal berlangsung malam ini.

“Walaupun Kita Tak Sampai Ke Jenjang Pelamin…,” – Roslan Shah Reda Kalau DSV Berjodohan Dengan Fazley Yaakob, Tak Kecil Hati

“Saya tahu Vida kini sedang sibuk di TTMM2. InshaAllah saya doakan semoga Vida dan Cik B menjadi juara. Setidaknya menjadi tiga yang terbaik. Itulah firasat saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Seorang Lagi Anak Ameng Dalam Industri Seni,” – Ammar Haikal Bangga...

Penyanyi, Ammar Haikal mendoakan agar kakaknya yang juga finalis Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva Natassha, mampu membawa pulang gelaran juara pada konsert...
error: Hello. Cannot.