Ads

Roslan Shah Naik Bulu Roma, Tak Sangka ‘Night Walk’ Bersama DSV & Fazley Yaakob Terpaksa Dihentikan – “Pertama Kali Tetamu Alami Gangguan…”

Pengacara dan penyanyi Roslan Shah tidak menyangka sesi Night Walk bersama usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dan pasangannya, Datuk Fazley Yaakob, baru-baru ini terpaksa dihentikan lebih awal selepas penyanyi lagu I Am Me itu didakwa telah mengalami gangguan.

Menurut Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan, kejadian itu merupakan pengalaman pertama sepanjang dia mengendalikan program Night Walk.

DSV Kurang Selesa, Hampir Pengsan

Tambah Cik Lan, aktiviti pada malam tersebut pada awalnya berlangsung seperti biasa sebelum DSV tiba-tiba berasa kurang selesa.

“Saya memang tak sangka sebab selama buat Night Walk, ini pertama kali tetamu saya mengalami gangguan sampai kami terpaksa berhenti.

“Sejujurnya, saya sendiri rasa ‘lain’ sebelum Night Walk bermula dan ada momen yang membuatkan bulu roma saya naik.

“Tetapi, saya kuatkan hati dan tetap memulakan program seperti dirancang. Pada mulanya semuanya okey, tetapi tiba-tiba DSV rasa kurang selesa dan hampir nak pengsan.

“Jadi kami tak mahu ambil risiko dan terus hentikan sesi malam itu,” katanya.

Dalam situasi berkenaan, Roslan turut bersyukur kerana Fazley berada bersama mereka dan mempunyai sedikit pengetahuan untuk membantu mengendalikan keadaan cemas seperti ini.

“Nasib baik malam itu ada Fazley. Dia ada sedikit ilmu agama dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika berdepan keadaan seperti itu. Alhamdulillah semuanya dapat dikawal dan DSV pun kembali okey,” katanya lagi.

Ads

Sebelum ini, Fazley menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sesi Night Walk terpaksa dihentikan lebih awal selepas DSV berasa kurang selesa dan mendakwa kehadiran ‘mereka’ agak kuat ketika itu.

Fazley turut memberitahu dia membaca beberapa ayat suci al-Quran dan mengesahkan DSV kembali pulih pada malam yang sama.

Roslan Shah Naik Bulu Roma, Tak Sangka ‘Night Walk’ Bersama DSV & Fazley Yaakob Terpaksa Dihentikan - “Pertama Kali Tetamu Alami Gangguan…”

Roslan Shah Naik Bulu Roma, Tak Sangka ‘Night Walk’ Bersama DSV & Fazley Yaakob Terpaksa Dihentikan - “Pertama Kali Tetamu Alami Gangguan…” Roslan Shah Naik Bulu Roma, Tak Sangka ‘Night Walk’ Bersama DSV & Fazley Yaakob Terpaksa Dihentikan - “Pertama Kali Tetamu Alami Gangguan…”Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/walaupun-kita-tak-sampai-ke-jenjang-pelamin-roslan-shah-reda-kalau-dsv-berjodohan-dengan-fazley-yaakob-tak-kecil-hati/

Night Walk Bukan Program Cari Makhluk Halus

Susulan kejadian itu, Roslan menjelaskan bahawa Night Walk bukanlah program paranormal yang diwujudkan untuk mencari, memuja atau memanggil makhluk halus.

Sebaliknya, konsep program berkenaan lebih kepada komedi ‘parataknormal’ yang menggabungkan aktiviti berjalan pada waktu malam dengan elemen hiburan.

Ads

Menurut Roslan, dia bersama tetamu biasanya akan membawa makanan, mengenakan pakaian mengikut tema tertentu serta berinteraksi menerusi lawak spontan sepanjang rakaman.

Apa sahaja kejadian tidak dijangka yang berlaku ketika mereka berada di lokasi bukanlah sesuatu yang dirancang.

“Night Walk ini bukan memuja atau memanggil hantu. Kami hanya bersantai dan menghasilkan kandungan untuk menghiburkan peminat. Kami bawa makanan, ada tema pakaian dan selebihnya banyak kepada lawak spontan,” jelasnya.

Sepanjang program tersebut dijalankan, Roslan sudah mengundang ramai selebriti untuk menyertainya.

Antara nama yang pernah menerima undangan ialah Hetty Sarlene, Hisyam Hamid, Taufik Batisah, Datuk Seri Aliff Syukri, Ieda Moin, Mamat Sepah dan Anna Jobling selain beberapa selebriti lain.

Ads

Menurut Roslan, sambutan yang diterima daripada peminat turut mendorongnya untuk menerbitkan sendiri program berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Selepas menerima banyak permintaan daripada pengikut yang mahu Night Walk diteruskan di bawah produksinya sendiri, hasrat tersebut akhirnya berjaya direalisasikan.

“Ramai peminat minta saya buat produksi sendiri dan akhirnya terlaksana, Alhamdulillah. Sekarang Night Walk sudah lebih tiga bulan bersiaran di YouTube menerusi Adik Adik Entertainment,” katanya.

Program Terus Jadi Perhatian

Dalam perkembangan sama, Roslan memaklumkan program tersebut turut mendapat sokongan penaja dan berpotensi diperluaskan ke luar Singapura.

Menurutnya, sudah ada pihak penaja yang mengajak produksinya untuk membawa konsep Night Walk ke beberapa negara.

“Insya-Allah, ada pihak penaja yang mengajak produksi saya buat di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Kalau semuanya dipermudahkan, insya-Allah kita akan bawa Night Walk ke sana pula,” katanya.

Biarpun kejadian bersama DSV menjadi pengalaman pertama yang tidak dijangka, Roslan menegaskan konsep asal Night Walk akan kekal sebagai kandungan hiburan santai dan komedi untuk peminat, bukannya program yang sengaja mencari kejadian paranormal.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Macam-Macam Hal Berlaku…,” – Dua Tahun Impian Ruhainies Tertangguh, Kini Bahagia...

Pelakon Ruhainies menyifatkan dirinya kini berada di fasa yang lebih bahagia selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.