
Demi merealisasikan keseluruhan penggambaran muzik video bagi album terbaharu berjudul Salawat The Beloved, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menjalinkan kolaborasi dengan beberapa jenama bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Menurut Hafiz, dia sebenarnya kurang selesa untuk meminta sebarang tajaan. Sebaliknya, dia lebih gemar menggunakan istilah ‘menjemput’ pihak luar untuk bersama-sama menjayakan projek dakwah tersebut.
“Sejujurnya sebelum kami buat keputusan, memang saya rasa tiada keperluan untuk meminta sebarang tajaan.
“Cuma saya ada berbincang dengan ‘team’, jika kita ingin keluarkan album nasyid, takkan nak buat biasa-biasa?
“Ini dakwah, jadi kita perlu fikir macam mana nak komersialkan dengan cara yang betul.
“Tetapi semua ini perlukan kos. Jadi istilah yang saya guna bukan meminta, tapi ‘menjemput’,” katanya kepada MH.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Salawat The Beloved, yang berlangsung di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Baca Artikel Lain;
Sediakan Sendiri Kertas Kerja
Dalam pada itu, Hafiz turut mendedahkan dia sendiri menyediakan kertas kerja sebelum dihantar kepada pihak berkaitan bagi menerangkan perancangan projek berkenaan.
Malah, penyanyi lagu Kasih Padamu itu tidak menyangka beberapa jenama besar sudi memberikan kerjasama terhadap projek tersebut.
“Saya sendiri yang buat ‘deck’ dan kertas kerja itu. Saya yang hantar kepada mereka untuk tunjukkan perancangan kami.
“Tidak menyangka jenama seperti Siti Khadijah misalnya, sudi untuk menaja kerana kos yang terlibat bukan sedikit.
“Kami juga bakal bekerjasama dengan beberapa pihak lain. Segala urusan dipermudahkan sebab kita sudah ada perancangan jelas, Alhamdulillah,” katanyq lagi.
Tambah Hafiz, perancangan kandungan yang tersusun dan jelas menjadi antara faktor utama yang berjaya menarik minat syarikat-syarikat besar untuk turut serta dalam projek tersebut.
“Saya rasa syarikat besar mahu tengok usaha kita. Apabila saya boleh buat, orang lain juga boleh buat.
“Apa yang penting, kena jelas matlamat. Jangan buat sesuatu tanpa tujuan. Sebelum ini saya tidak pernah meminta tajaan, ini kali pertama.
“Rasa segan juga dan dalam masa sama saya tidak mahu orang rasa terbeban atau terpaksa memberi sebab ini adalah projek berkonsepkan nasyid dan selawat.
Anda mungkin berminat dengan
“Jadi saya tonjolkan dari sudut lain dan ‘approach’ syarikat yang tiada kena-mengena dengan saya.
“Contohnya jenama Siti Khadijah, mereka fokus telekung, tetapi mereka taja dari segi barangan seperti sejadah. Itu yang paling dekat,” katanya.
Album yang menghimpunkan 10 alunan indah selawat itu kini boleh didengari di semua platform penstriman sejak 21 Ogos lalu.
“Ia cukup istimewa buat saya kerana hadir bersempena 25 tahun perjalanan seni saya dalam industri muzik. Tercapai juga hasrat untuk lancarkan album ini sempena Rabiulawal, sempena Maulidur Rasul.
“Harapnya, ‘Salawat The Beloved’ bukan sekadar didengar ketika dilancarkan, sebaliknya mampu mengimbau kenangan terhadap selawat yang pernah kita dengar sejak kecil serta menjadi karya yang boleh dikongsi bersama keluarga dan generasi akan datang,” katanya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

