Ads

Pempengaruh Nadia Azlan, Alana Dunsmore & Abbas Mahmood Curi Perhatian, ‘All Out’ Tawar Hadiah Lebih RM150,000…Man Raja Lawak Muncul Buat Sketsa

Barisan pempengaruh media sosial seperti Syafiqah Melvin, Alana Dunsmore, Abbas Mahmood, Muhammad Irsyad Tarudin, Nadia Azlan, Kah Pei dan Nurin Alisa antara yang hadir memeriahkan majlis pelancaran produk inovasi terbaharu NIMS International Group Sdn. Bhd., NIMS Chocotub®️ – Taste of Malaysia: Malaysia’s Favourite Flavours, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, semalam.

Detik bersejarah itu turut disaksikan rakan usahawan serta dipersembahkan dengan sketsa Satu Malaysia yang menampilkan Man Raja Lawak, Mamak Putih dan Ilham Abata.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Mansor Shah Wahid, selain turut memperkenalkan kempen istimewa yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000.

“Terima kasih sudi hadir meluangkan masa ke acara ini,” Katanya ringkas sewaktu memberi ucapan.

Pempengaruh Nadia Azlan, Alana Dunsmore & Abbas Mahmood Curi Perhatian, ‘All Out’ Tawar Hadiah Lebih RM150,000…Man Raja Lawak Muncul Buat Sketsa Pempengaruh Nadia Azlan, Alana Dunsmore & Abbas Mahmood Curi Perhatian, ‘All Out’ Tawar Hadiah Lebih RM150,000…Man Raja Lawak Muncul Buat Sketsa Pempengaruh Nadia Azlan, Alana Dunsmore & Abbas Mahmood Curi Perhatian, ‘All Out’ Tawar Hadiah Lebih RM150,000…Man Raja Lawak Muncul Buat Sketsa

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/22-lagu-tiga-gelaran-juara-siti-nurhaliza-kenang-perjalanan-gemilang-bersama-ajl-pentas-inilah-yang-banyak-mematangkan-saya-sebagai-anak-seni/

Angkat Citarasa Malaysia

Koleksi istimewa ini menampilkan tiga perisa yang diinspirasikan daripada citarasa kegemaran rakyat Malaysia iaitu, Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Norhanim Tengku Othman, setiap perisa membawa kisah dan nostalgia tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta identiti Malaysia.

Ads

“Kami optimis memperkenalkan keunikan rasa Malaysia kepada pengguna global serta menjadikan produk tempatan sebagai salah satu medium untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

“Kempen ‘beli & menang’ pula dilaksanakan bagi meraikan pengguna yang sentiasa menyokong jenama ini bermula 8 Ogos hingga 8 November depan.

“Ia menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih daripada RM150,000 termasuk hadiah utama sebuah Kereta Proton e.MAS serta pelbagai hadiah menarik lain yang akan diumumkan sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Tambah Tengku Norhanim lagi, pengguna hanya perlu membeli produk keluaran sebagai syarat penyertaan.

Kempen ini dijangka akan membabitkan penyertaan pengguna di seluruh Malaysia melalui platform e-dagang, pasar raya dan rangkaian ejen rasmi NIMS.

Ads

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami percaya bahawa makanan mempunyai keupayaan untuk memperkenalkan identiti dan budaya sesebuah negara kepada dunia,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya bukan sahaja memperkenalkan produk baharu, malah berhasrat untuk membawa kisah Malaysia kepada pengguna antarabangsa.

“Terutamanya inovasi makanan yang diinspirasikan daripada citarasa tempatan. Ia juga selaras dengan aspirasi untuk memperkukuhkan kedudukan produk Malaysia di pasaran global melalui pembangunan produk bernilai tambah yang mempunyai identiti Malaysia yang tersendiri.

“Kami percaya bahawa produk tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa melalui inovasi yang mampu menghubungkan budaya, nostalgia dan pengalaman pengguna.

“Kami berharap suatu hari nanti apabila dunia menikmati produk ini, mereka akan mengenali dan merasai keunikan Malaysia melalui setiap produk yang kami hasilkan,” Katanya lagi.

Ads

Tembusi 27 Negara, Sasar Pasaran Thailand

Dalam pada itu, Tengku Norhanim menjelaskan, jenamanya sudah mengikat kerjasama dengan CP ALL Thailand selama dua tahun kontrak.

Anda mungkin berminat dengan

“Produk kami akan diedarkan di lebih

20,000  premis serbaneka 7 Eleven di Thailand. Bukan satu proses mudah untuk tembus ke sana.  Ia bergerak sejak dari 2021 lagi. Insya -Allah, ‘flag off’ ke Thailand ini akan dilakukan tak lama lagi di kilang kami Meru, Klang.

“Saya juga ingin melihat lebih banyak produk Malaysia

memenuhi kontena yang akan berlayar ke seluruh dunia,” Katanya.

Syarikat ini cukup komited dalam pembangunan produk inovasi berasaskan citarasa pengguna serta pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Produk keluaran NIMS kini telah berjaya menembusi lebih 27 buah negara dan terus komited dalam memperkenalkan inovasi produk Malaysia ke peringkat global. produk Malaysia ke peringkat global.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

DOLLA Gegarkan Pentas Antarabangsa, Bakal Bawa Nama Malaysia Ke The A...

Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...