Ads

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel menyaksikan kesemua lapan peserta boleh menarik nafas lega apabila pihak produksi memutuskan untuk tidak mengumumkan sebarang penyingkiran.

Keputusan itu menyaksikan semua peserta berjaya mara ke peringkat separuh akhir bagi meneruskan saingan merebut tempat ke konsert akhir.

Bagaimanapun, Danial Kifli perlu tampil dengan strategi lebih ampuh pada minggu hadapan selepas sekali lagi menghuni kedudukan tercorot.

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Pada saingan konsert malam tadi, Danial hanya meraih markah 65.50 peratus menerusi persembahan lagu Cinta Dewa Dewi nyanyian asal kumpulan Spider yang gagal memikat hati barisan juri.

Sementara dua lagi peserta yang berada di kelompok terbawah ialah Danny dan Yad-Z yang masing-masing mengutip markah 67 peratus dan 71 peratus.

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Ranisha Kembali Rampas Kedudukan Pertama

Ranisha pula terus mencipta sensasi apabila kembali merampas kedudukan teratas dengan markah tertinggi sebanyak 86.50 peratus.

Ads

Menerusi persembahan lagu Die On This Hills, Ranisha sukses memukau juri apabila menerima markah individu sebanyak 90 daripada Hael Husaini dan 92 daripada Aisha Retno.

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Di tempat kedua pula ialah duo Adam Nazmie yang mengumpul 79.75 peratus, diikuti Hussain di kedudukan ketiga dengan 76.25 peratus.

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Ads

Hussain yang juga anak kepada penyanyi senior, Jamilul Hayat, turut diumumkan sebagai pemenang Rocketstar Of The Week, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000.

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Beatz Ungguli Pusingan Battle

Konsert suku akhir kali ini menyaksikan para peserta perlu melengkapkan dua tugasan iaitu persembahan solo dan pusingan battle.

Kumpulan Beatz yang dianggotai Ranisha, Yad-Z, Danny dan Aliff Kimiey berjaya menewaskan kumpulan Pulze yang dibarisi Hussain, Adam & Nazmie, Danial Kifli dan Qilo.

Ads

Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel Ranisha ‘Menyala’ Raih 86.50%, Danial Kifli Tercorot Tapi Mujur Terselamat… Tiada Penyingkiran Di Suku Akhir Big Stage Rocketfuel

Anda mungkin berminat dengan

Kesemua juri sebulat suara memilih Beatz sebagai juara pusingan tersebut sekali gus menghadiahkan mereka wang tunai RM1,000.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bersaing bagi merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta menyertai musim ini iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Ganjaran itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, Big Stage Rocketfuel bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Penonton juga boleh menstrim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Danial Kifli Hanya Raih 65.50%, Akui Persembahan Belum Capai Tahap Terbaik...

Peserta Big Stage Rocketfuel, Danial Kifli mengakui sedih apabila namanya diumumkan berada di kedudukan terakhir pada konsert minggu keenam pertandingan realiti nyanyian itu, malam tadi.