
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Memey mengakui bulan Julai menjadi tempoh yang cukup bermakna apabila perniagaannya berjaya mencatat jualan tertinggi setakat ini.
Menurut Memey, kejayaan tersebut hadir selepas melalui pelbagai pengorbanan yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Kadang-kadang, Allah menguji bukan untuk melemahkan langkah, tetapi untuk menguatkan hati. Bulan ini adalah bulan yang sangat istimewa.
“Ada lelah yang diperjuangkan. Ada air mata yang tidak diceritakan dan ada doa yang hanya Allah menjadi saksi.
“Namun, disebalik setiap ujian, Allah hadirkan hikmah yang jauh lebih indah. Alhamdulillah, bulan ini menjadi bulan dengan jualan paling tertinggi buat Normey,” tulisnya.
Hargai Team, Pelanggan & Titip Doa Buat Semua
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan yang sentiasa teguh bersamanya serta para pelanggan yang terus memberikan sokongan terhadap jenama Normey.

“Terima kasih kepada team yang tidak pernah berhenti percaya dan terus kuat berjuang yang terbaik untuk Normey.
“Terima kasih kepada setiap pembeli Normey yang terus memilih dan menghargai kami.
“Kami hargai sangat-sangat. ‘Orang yang menghargai kita adalah antara rezekı paling tidak ternilai’,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Memey turut menitipkan doa buat semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan perniagaan dan kerjaya seninya selama ini.

Anda mungkin berminat dengan
“Saya doakan semoga Allah membalas setiap kebaikan kalian dengan rezeki yang berlipat ganda
“Terima kasih semua. Alhamdulillah untuk bulan Julai. Saya, suami dan team sudah bersedia untuk bulan Ogos.
“Semoga Allah mudahkan setiap urusan dan perancangan kita semua,” kongsinya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

