Ads

“Satu Penghormatan Besar Buat Saya,” – Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Lagi, Wajah Ikon Malaysia Kembali Terpapar Di Times Square New York!

Ikon muzik tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, terus mengukuhkan legasinya apabila sekali lagi dipilih sebagai wakil kempen Spotify EQUAL Singapore & Malaysia bagi bulan Mac 2026.

Pemilihan ini menandakan penyertaan kali kedua beliau dalam inisiatif berprestij tersebut.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian luar biasa beliau dalam industri muzik, malah turut mengangkat suara wanita di rantau Asia Tenggara ke pentas yang lebih luas.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas penghormatan yang diterima.

“Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki ini.

“Terpilih sebagai wakil Spotify EQUAL Singapore & Malaysia merupakan satu penghormatan yang sangat besar buat saya,” ujarnya.

Menurut Siti lagi, pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa muzik tidak mengenal batas usia mahupun tempoh masa.

Dalam era digital yang berkembang pesat, pemilihan penyanyi lagu Rencong ini sebagai wajah kempen yang memperkasakan wanita membuktikan bahawa karya berkualiti kekal relevan dan dihargai di platform penstriman global.

Ads

Sebagai figura wanita berpengaruh, Siti turut melihat pencapaian ini sebagai satu representasi buat semua anak seni wanita di rantau ini.

“Ini bukan sekadar kejayaan individu, tetapi satu mesej bahawa suara wanita mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyatukan peminat di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia,” tambahnya.

Malah Siti juga merakamkan penghargaan kepada Spotify atas usaha berterusan dalam memperkasakan wanita melalui muzik.

“Satu Penghormatan Besar Buat Saya,” – Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Lagi, Wajah Ikon Malaysia Kembali Terpapar Di Times Square New York! “Satu Penghormatan Besar Buat Saya,” – Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Lagi, Wajah Ikon Malaysia Kembali Terpapar Di Times Square New York! “Satu Penghormatan Besar Buat Saya,” – Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Lagi, Wajah Ikon Malaysia Kembali Terpapar Di Times Square New York!

Nasihat Buat Generasi Baharu Dalam Industri

Dalam masa yang sama, Siti ada berkongsi nasihat buat penyanyi wanita muda yang ingin membina kerjaya mampan dalam industri muzik masa kini.

Ads

Siti menekankan kepentingan mengejar kualiti berbanding populariti sementara, serta membina identiti seni yang unik dan konsisten.

“Jangan hanya mengejar viral, tetapi kejarlah kualiti. Identiti yang kuat dan disiplin dalam menjaga vokal akan memastikan anda kekal relevan merentas zaman,” jelasnya.

Kongsinya lagi industri muzik sentiasa berubah dan artis perlu bijak menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta trend semasa tanpa melupakan asas seni mereka.

Selain itu, sikap positif dan ketahanan diri juga penting dalam menghadapi cabaran industri.

Siti turut menegaskan, peminat merupakan tunjang utama dalam perjalanan kerjaya seseorang artis.

Ads

“Hargai peminat anda kerana tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana-mana,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Pemilihan Siti Nurhaliza sebagai wakil Spotify EQUAL Singapore & Malaysia sekali lagi membuktikan pengaruh dan relevansi beliau sebagai ikon muzik serantau, serta menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus berkarya dan mengangkat suara wanita dalam industri muzik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

“Satu Penghormatan Besar Buat Saya,” – Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Lagi, Wajah Ikon Malaysia Kembali Terpapar Di Times Square New York!

Perfume Pilihan Untuk Aura Lebih Menarik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Didiklah Dengan Ilmu, Hukuman Akan Melemahkan,” – Sabri Yunus Gesa Penggiat...

Pelakon dan aktivis teater terkenal, Sabri Yunus tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular membabit satu pementasan teater di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang teruk dikecam gara-gara didakwa mempertontonkan adegan kurang sopan.
error: Hello. Cannot.