Ads

“Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat Kemalangan & Kekasih Pun Hilang, Kongsi Luka Dalam Lagu

Dalam tempoh hanya dua hari selepas dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli terus mencuri perhatian apabila berjaya menembusi carta trending selain tular di pelbagai platform media sosial.

Namun di sebalik kejayaan lagu tersebut, tersimpan kisah peribadi yang cukup berat dan menyentuh emosi daripada komposernya, Jal Arya, yang menjadikan pengalaman hidupnya sebagai inspirasi utama karya berkenaan.

“Dia Pergi Waktu Saya Nazak…”

Jal Arya mendedahkan detik paling gelap dalam hidupnya apabila terlibat dalam satu kemalangan tragis sehingga menyebabkan dirinya koma dan berada dalam keadaan kritikal.

“Saya koma disebabkan kemalangan. Doktor beritahu yang saya tiada harapan untuk hidup. Namun, alhamdulillah, kuasa Allah SWT saya masih bernafas sehingga sekarang.

“Apabila saya sudah sedar dari koma, saya cari dia, tapi dia sudah tiada. Dia ‘blocked’ semua sosial media dan nombor telefon, dia hilang… Dia pergi waktu saya nazak,” katanya.

Luahan tersebut bukan sekadar perkongsian biasa, sebaliknya menggambarkan betapa berat ujian yang perlu ditempuh.

Ads

Jal bukan sahaja bertarung antara hidup dan mati, malah kehilangan insan paling dipercayai ketika berada dalam keadaan paling lemah.

Menurutnya lagi, pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam dari sudut fizikal, emosi dan mental apabila dia terpaksa menerima hakikat ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan sewaktu sedang berjuang untuk sembuh.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/kini-muncul-dengan-lagu-jauh-danial-kifli-terkejut-peminat-kirim-gambar-alat-sulit-mengucap-panjang-saya/

Ads

 

“Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat Kemalangan & Kekasih Pun Hilang, Kongsi Luka Dalam Lagu “Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat Kemalangan & Kekasih Pun Hilang, Kongsi Luka Dalam Lagu “Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat Kemalangan & Kekasih Pun Hilang, Kongsi Luka Dalam Lagu

Kisah Luka Jadi Inspirasi Lagu

Daripada episod penuh luka itulah lahirnya Ku Yang Berjuang, sebuah karya yang lahir dengan penuh kejujuran dan menggambarkan realiti tentang kehilangan, kejatuhan serta usaha untuk bangkit semula walaupun dalam keadaan paling sukar.

Ads

Lagu tersebut turut diperkukuhkan dengan penyampaian vokal penuh emosi daripada Danial Kifli yang berjaya menghidupkan setiap bait lirik dengan penuh penghayatan sekali gus menjadikan lagu itu dekat di hati para pendengar.

Anda mungkin berminat dengan

Sejak dilancarkan, Ku Yang Berjuang turut menerima sambutan luar biasa khususnya di TikTok apabila ramai mula mengaitkan lagu berkenaan dengan perjalanan hidup masing-masing.

Momentum itu sekali gus melonjakkan lagu tersebut di kedudukan top10 trending hanya dalam tempoh dua hari selepas pelancarannya.

Ku Yang Berjuang kini boleh distrim di semua platform digital, manakala muzik video rasmi pula tersedia untuk ditonton di YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Mila Jirin Dilabel Sebagai Penyanyi Yang Gagal, Sedia Kembali Buktikan Kemampuan...

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan reaksinya susulan kenyataan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi yang gagal bertahan dalam industri muzik tanah air.
error: Hello. Cannot.