Ads

Mira Filzah Ada Sebab Tak Mahu Ulas, Enggan Panjangkan Lagi Isu Ada Artis Didakwa Bersikap Sombong

Mira Filzah
Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai dakwaan dirinya yang didakwa bersikap sombong seperti yang pernah hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Mira, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan kerana bimbang isu tersebut akan terus berpanjangan sekiranya terus diberikan perhatian.

Mira Filzah Ada Sebab Tak Mahu Ulas, Enggan Panjangkan Lagi Isu Ada Artis Didakwa Bersikap Sombong

“Sejujurnya saya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan isu itu. Perkara itu pun sudah lama berlaku. Jika saya memberikan komen, saya risau perkara ini akan berpanjangan. Saya minta maaf sangat,” katanya kepada MH.

Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 jenama fesyen Cakenis yang berlangsung di The Starhill, Jumaat lalu.

Media Sosial Beri Pengaruh Besar

Dalam pada itu, Mira tidak menafikan media sosial kini mempunyai pengaruh yang sangat besar sehingga setiap individu perlu lebih berhati-hati ketika menggunakannya.

Ads

Mira Filzah Ada Sebab Tak Mahu Ulas, Enggan Panjangkan Lagi Isu Ada Artis Didakwa Bersikap Sombong

“Apa yang boleh saya katakan, ketika ini, media sosial merupakan platform yang sangat kuat. Bukan sahaja artis tapi kita semua juga perlu lebih berhati-hati.

“Saya jarang buka aplikasi Threads. Saya hanya akan gunakan medium itu untuk bertanya tentang kesihatan atau percutian.

“Threads merupakan aplikasi yang sangat bagus untuk mencari informasi. Untuk buka secara harian, itu tidak,” ujarnya lagi.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/dari-berehat-ke-sukses-mira-filzah-sebak-syukur-perjalanan-seni-lepas-bersalin-dipermudah/

Belum Terfikir Tinggalkan Media Sosial

Ketika ditanya sama ada dia pernah terfikir untuk meninggalkan media sosial susulan pengaruh toksik di platform tersebut, Mira menjelaskan dia masih belum sampai ke tahap itu.Mira Filzah Ada Sebab Tak Mahu Ulas, Enggan Panjangkan Lagi Isu Ada Artis Didakwa Bersikap Sombong

Ads

“Kita bercakap tentang perubahan zaman. Platform sosial media kini menjadi sesuatu yang penting buat semua orang terutamanya buat para artis, pembikin konten dan pempengaruh.

Anda mungkin berminat dengan

“Ia ibarat profil kami. Jadi, ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana nak mengawal penggunaan media sosial itu.

“Kita kena kawal apa yang kita nak tunjukkan dan menjaga pivasi sendiri,” akhirinya.

Sebelum ini, nama Mira hangat diperkatakan di platform Threads selepas beberapa individu mendakwa pelakon itu pernah bersikap sombong apabila ditemui di luar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Nurhaliza Dedah Pernah Berehat Setahun Demi IVF, Beri Kata Semangat...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.
error: Hello. Cannot.