Selepas berehat seketika ketika hamil dan melahirkan anak pertama, pelakon Mira Filzah tidak menyangka prosesnya untuk kembali aktif dalam industri seni dipermudahkan.
Menurut Mira, dia berasa sebak kerana kehadirannya masih diterima ramai, terutama selepas kejayaannya menerusi drama Curang Tanpa Niat, Gadis Masa, serta filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.
“Saya sudah lama berada dalam industri. Selepas itu, saya berehat sekejap kerana mengandung dan bersalin. Sebenarnya, memang lumrah sebagai pelakon wanita untuk punyai fasa ‘berehat seketika’ itu.
“Jadi, bila kita sudah berehat dan mahu kembali semula, ada kalanya bukan mudah. Lain orang, lain cabarannya.
Ads
“Alhamdulillah, perjalanan saya ini sangat lancar dan peluang yang diberikan juga sangat baik. Itu yang buatkan saya sebak. Ia seperti satu perjalanan dalam kerjaya saya,” katanya kepada MH.
Mira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Hari Raya dan pop-up store Rizman Ruzaini di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.
Impak Lakonan Tersendiri
Dalam pada itu, Mira turut mendedahkan dia menerima e-mel daripada seorang individu yang memaklumkan lakonannya dalam filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu memberi impak besar dalam hidupnya.
Ads
“Alhamdulillah, reaksi para penonton sangat positif. Malah, seperti yang dikongsikan di media sosial, saya ada menerima e-mel dari seorang individu. Saya sangat tersentuh dengan kata-katanya.
“Saya jadi sebak bila karya saya diterima dan disukai oleh penonton. Perkara seperti ini memang tak dapat dijangka. Kita tak boleh nak harapkan semua orang sukakan kita,” ujarnya.
Usaha & Dedikasi
Ditanya mengenai caranya mengekalkan momentum selepas berehat panjang, Mira ada jawapannya sendiri.
“Berserah dan tawakal itu memang penting, namun kita tetap kena usaha. Bagi pihak saya, bila diberikan tawaran, saya buat yang terbaik.
Ads
“Saya juga pergi ke kelas untuk perbaiki mutu lakonan,” katanya lagi.
Mira juga menghargai sokongan peminat yang tidak pernah pudar sejak awal pembabitannya dalam industri seni.
“Sehingga sekarang, kelab peminat masih lagi setia dengan saya. Malah, ketika saya berehat, kita tetap berhubung.
“Namun, dengan kemunculan drama dan filem baharu, saya kini punya kelompok peminat yang baharu dari kalangan generasi muda,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon yang baru melahirkan bayi pertamanya Jumaat lalu, Anzalna Nasir tetap melaram mengenakan baju raya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal, hari ini.
Menerusi foto tersebut yang dirakam oleh suaminya, Hanif Zaki, peserta Dewi Remaja 2010 itu memberitahu dia hanya mampu melihat sahaja hidangan raya yang disediakan.
“Beraya di hospital @gleneagleskl rendang, ketupat, serunding semua lengkap ada tapi hanya mampu melihat.
“Tak apa lah… tengok anak pun dah kenyang! 😍 Selamat hari raya! #RayaPalingTerindah,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan bintang berusia 31 tahun ini, termasuk rakan selebriti.
Ada jyga beberapa komen yang sempat dibalas Anzalna.
Terdahulu, Anzalna Nasir meluahkan rasa bersyukur apabila dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada Jumaat, 31 Mei 2019 lalu.
Malah, berita gembira tersebut turut disampaikannya menerusi media sosial.
Foto; Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ratu Cantik Malaysia dalam pertandingan Miss Global 2025, Eshwin Kaur telah mempersembahkan kostum nasional unik yang dinamakan Dendam Cik Siti.
Kostum ini bukan sekadar pakaian tetapi juga membawa kisah penuh makna. Diinspirasikan daripada legenda rakyat iaitu Sanggul beracun, ia mengisahkan Siti Aminah, seorang wanita berwajah cacat yang mendambakan kecantikan.
Dalam usaha untuk menjadi cantik, dia membuat perjanjian dengan jin yang menawarkan kecantikan sempurna sebagai pertukaran nyawa 100 lelaki.
Namun, ketika hampir mencapai matlamatnya, dia jatuh cinta dan mula mempersoalkan pilihannya. Kisah ini penuh dengan elemen tragis, fantasi, dan pengajaran moral.
Menampilkan perincian 99 kuntum mawar merah yang melambangkan 99 lelaki yang menjadi korban perjanjian Siti Aminah. Mawar-mawar ini menjadikan kostum lebih dramatik dan bermakna.
Sumber foto: Instagram Eshwin Kaur
Gabungan warna merah dan hitam pada busana melambangkan konflik antara nafsu dan kesedaran. Perincian sulaman klasik pula memberi penghormatan kepada budaya Melayu.
Direka oleh Ain Mohammad, “Dendam Cik Siti” bukan sekadar busana tetapi juga karya seni yang menggabungkan elemen tradisional dan moden. Ia membawa naratif yang kuat ke pentas dunia.
Eshwin Kaur bukan sekadar memperagakan kecantikan tetapi juga membawa kisah Malaysia yang menyentuh emosi. Kostum ini berfungsi sebagai medium ekspresi yang kuat.
Pertandingan akhir Miss Global 2025, bakal berlangsung pada 9 Mac 2025 di Nonthaburi, Thailand.
Imbas kembali prestasi wakil negara, sebelum ini pada tahun 2022, Sandra Lim berjaya bergelar Naib Johan manakala pada 2024 menerusi perwakilan Taanusiya Chetty, Malaysia berjaya berada di kedudukan top 13.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengenang kembali detik-detik permulaan pertemuannya dengan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra disapa Budak Ijat.
Menurut Fasha, dia sebenarnya amat mengagumi karya-karya Budak Ijat seterusnya memasang impian untuk berkerja dibawah arahannya.
Katanya lagi, pada mulanya dia menganggap Budak Ijat sebagai seorang yang agak sombong kerana dikatakan kurang mesra ketika bertemu dibeberapa majlis.
“Apa yang kita cakap dalam hati sebenarnya ibarat doa. Satu ketika dahulu pernah cakap dalam hati, ‘Wow, bagusnya karya-karya Budak Ijat dan Radiusone.
“Pernah juga jumpa Budak Ijad dekat TV3 di event-event tapi depa macam tak pandang kita. Kita tegur tapi depa macam tak berapa layan. Dalam hati kita, kekwatnya depa ni,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Khilaf Asmara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Budak Ijat berubah apabila mereka mula berkerjasama tiga tahun yang lalu.
“Sekarang ini sudah jadi manusia yang paling rapat sebab dalam tiga tahun ini, dah empat siri panjang dengan depa. Depa ini bukan sombong tetapi pemalu dengan orang yang tak dikenali,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak berputus asa untuk mengejar apa yang telah kita impikan.
“Kepada yang membaca nota ini, tak salah berangan sebab kadang-kala, angan-angan kita akan jadi kenyataan. Berangan ditambah dengan usaha.
“Terima kasih Radiusone untuk rezeki yang tak putus-putus ini,” akhirinya.
Setakat ini, antara drama-drama yang dilakonkan oleh Fasha Sanda bersama produksi Radius One adalah Scammer, Khilaf Asmara, Dendam Seorang Isteri dan Malang Si Puteri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...