“Alhamdulillah….,” demikian komen pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berhubung pengakuan bersalah yang dibuatkan bekas suaminya, Aliff Aziz dan aktres, Ruhainies atas tuduhan berkhalwat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, enggan mencampuri urusan penyanyi kelahiran Singapura itu memandangkan masing-masing sudah tidak mempunyai sebarang ikatan lagi.

“Perkara itu pun saya mendapat tahu daripada kawan yang berkongsi mengenai berita tersebut.

“Bagi saya, apa sahaja keputusan yang mereka buat, sama ada mengaku bersalah dan sebagainya, ia bukan lagi tanggungjawab saya.

“Selebihnya saya, menyerahkan kepada Allah SWT.

“Saya kini hanya mahu fokus terhadap diri-sendiri dan anak-anak sahaja,” katanya ketika ditemui pada Program Agihan Bubur Lambur Jabatan Imigresen Malaysia, di Putrajaya, hari ini.

Ads

Program itu telah disempurnakan oleh dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain Bella, antara selebriti lain yang turut hadir termasuk Datuk Hattan, Uqasha Senrose, Bella Astillah, Nadia Brian dan Shah Jaszle.

Ditanya sama ada ia seolah-olah memberi sebarang makna terhadap apa yang berlaku selama ini, penyanyi lagu Tapi Bukan Denganmu itu memilih untuk mengulas terperinci.

“Saya tak nak ulas lebih lanjut, bimbang sekiranya tersalah cakap.

Ads

“Tapi apa pun, saya percaya kalau kita berbuat baik, insya-Allah yang datang pada kita pun perkara yang baik,” katanya.

“Bukan Lagi Tanggungjawab Saya,” – Bella Astillah Enggan Ulas Keputusan Kes Khalwat Aliff & Ruhainies

Terdahulu pada 27 Februari lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan sebuah kenyataan mengesahkan kes khalwat melibatkan dua selebriti itu selesai dan kedua-duanya sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000.

Mereka berdua masing-masing dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559], atas kesalahan berkhalwat.

Ads

Pada 20 Jun tahun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium.

Pada 9 Mac tahun lalu, mereka telah dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Ketika isu khalwat itu berlaku, Aliff masih suami kepada Bella Astillah.

Pasangan itu kemudian disahkan bercerai dengan talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas Aliff ditangkap khalwat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI