Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian bekas pelakon Baywatch, Pamela Bach, yang juga bekas isteri kepada David Hasselhoff.
Pamela, 62, ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Hollywood Hills pada 5 Mac lalu dengan luka tembakan sendiri di kepala.
Punca kematiannya disahkan sebagai bunuh diri oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Los Angeles.
Nama Pamela mula dikenali menerusi siri TV Knight Rider pada 1985 dan ketika itulah dia bertemu David Hasselhoff. Hubungan mereka semakin erat dan membawa kepada perkahwinan pada tahun 1989.
Ads
Pamela kemudian turut membintangi Baywatch bersama suaminya sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2006. Dalam siri terkenal itu, Pamela membawa karakter Kay Morgan, seorang pemilik restoran.
Penampilan Pamela dalam Baywatch
Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi, David menyatakan kesedihan atas pemergian bekas isterinya.
Ads
“Keluarga kami amat berduka dengan kehilangan Pamela Hasselhoff. Kami amat menghargai segala kasih sayang dan sokongan yang diberikan pada saat sukar ini, namun kami memohon ruang privasi untuk berkabung serta melalui masa yang mencabar ini,” katanya.
Dilahirkan di Tulsa, Oklahoma, Bach memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1970-an. Sepanjang kariernya, beliau pernah membintangi beberapa siri TV popular seperti The Young and the Restless, Cheers, The Fall Guy, T.J. Hooker, Superboy dan Viper.
Ads
Manakala, peranan filem sulungnya adalah menerusi filem Rumble Fish pada 1983, diarahkan oleh Francis Ford Coppola. Kali terakhir dia membintangi filem More than Puppy Love, yang disiarkan pada tahun 2002.
Pamela Bach dan David Hasselhoff dikurniakan dua orang anak perempuan hasil perkahwinan mereka, iaitu Taylor Ann Hasselhoff dan Hayley Amber Hasselhoff.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penganjur NEON Music Festival (NMF), NEON Projects Sdn. Bhd., secara rasmi mengumumkan barisan penuh bintang yang bakal menggegarkan festival muzik terbesar ini pada 11 April 2025 di KL Base, Sungai Besi.
Hardwell, DJ dan produser muzik legenda, tampil sebagai bintang utama festival ini, menandakan kembalinya ke Malaysia selepas tujuh tahun untuk membuat persembahan.
Peminat boleh menjangkakan setlist mantap termasuk lagu hit seperti Spaceman, selain mempersembahkan bunyi terkini yang menjadi fenomena iaitu Big Room Techno.
Satu lagi kemunculan yang dinanti-nantikan termasuk ARTBAT, duo popular dalam dunia melodic techno yang terkenal dengan muzik berkualiti tinggi dan visual memukau.
Ini merupakan debut mereka di Malaysia, menjanjikan pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan.
Namun, kejutan terbesar apabila NEON bukan sahaja mengumumkan satu lagi nama untuk menghangatkan pentas, tetapi tiga sekaligus!
DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party akan bergabung dalam persembahan b3b (back-to-back-to-back) yang pertama seumpamanya di negara ini.
Gabungan ini menandakan peristiwa bersejarah dalam dunia Progressive House, dengan Third Party pula bakal membuat debut mereka di Malaysia.
Dengan persembahan epik Hardwell, ARTBAT, dan b3b yang mencipta sejarah, NEON Music Festival 2025 bersedia untuk mendefinisikan semula pengalaman muzik elektronik secara langsung.
Acara ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga gabungan visual spektakular, bunyi berenergi tinggi, serta suasana festival bertaraf antarabangsa.
Bagi yang mengikuti NEON, pasti anda boleh menjangkakan suasana festival yang tiada tandingan, peluang bergambar tanpa had, pemasangan seni, serta penekanan luar biasa pada keselamatan, keselesaan, dan hospitaliti dengan jangkaan penonton seramai 20,000.
Harga tiket bagi pra jualan iaitu RM248 sudah pun habis terjual sementara Early Bird pula RM268 dan Jualan Umum Tier 1 (RM288), Tier 2 (RM328), VIP (RM458) dan VVIP pula tersedia atas permintaan.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di neonmusicfestival.asia dan boleh ikuti akaun rasmi mereka di media sosial untuk informasi terkini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025 melakar sejarah apabila memperkenalkan lagu tema dan muzik video Raya Sebenarnya buat pertama kali sejak dianjurkan 13 tahun lalu.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata,
pengenalan itu dibuat sebagai satu kelainan dalam memberi kesegaran kepada Anjung
Syawal sekaligus menambah kemeriahan kepada orang ramai.
Raymie yang juga penyanyi menjelaskan, ini kerana ia melibatkan dan sokongan golongan
pempengaruh serta selebriti tempatan dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri
sebagai peluang besar bagi mempromosi keunikan bazar itu.
“Kita tidak boleh menafikan pengaruh selebriti dan pempengaruh di media sosial yang memainkan peranan penting dalam menyerikan Anjung Syawal.
“Justeru menerusi lagu dan video muzik, semuanya membantu menyampaikan
kemeriahan menyambut Ramadan untuk membuat persiapan Hari Raya nanti.
“Apabila gabungan lagu dan muzik tema dapat dipromosikan kepada orang, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat datang ke Festival Ramadan Putrajaya 2025,” katanya.
Raymie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Anjung Syawal di Presint 3, Dataran Putrajaya, baru-baru ini.
Raya Sebenarnya ialah nyanyian duet Rayme bersama penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah selain turut diperkenalkan Anjung Syawal@Yang Riang Raya bersama pempengaruh, Pinn Yang.
Turut hadir memberikan sokongan termasuk pelakon Shahz Jazle, Rezza Shah OIAM
dan Ayie Floor88.
Dalam pada itu, Rayme yang yang pernah menyertai pertandingan realiti TV All Together
Now pada tahun 2022 menambah, lagu tema berjudul Sebenarnya Raya itu dicipta oleh Choky Nainggolan dan lirik oleh Rayme sendiri.
Ia yang disuntik dengan elemen pop supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri dan muzik video lagu itu diadakan di Klang, Selangor selama sehari.
“Tiadalah istilah syok sendiri sebagai penganjur untuk mengambil kesempatan
menyanyi lagu tema ini namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen
penting dalam kerjaya seni.
“Lagi pun saya memang seorang penyanyi dan tugas saya bukan hanya menyanyikan lagu ini tetapi juga mempromosikan Anjung Syawal melalui platform media sosial.
“Malah rakan duet iaitu Cik Piah juga seorang penyanyi berbakat besar walapun dia penyanyi namun lakonan dalam muzik menunjukkan dia seorang anak seni yang serba boleh,” katanya lagi.
Nakshah itu turut dimuatkan di dalam EP lagu raya berjudul Simfoni Anjung Syawal dan boleh didengari di semua digital platform muzik bermula 7 Mac 2025 manakala video muzik boleh ditonton sejak 28 February lalu di laman YouTube rasmi Rayme Zain.
Sementara itu, acara yang diadakan selama 33 hari itu menyasarkan jualan merangkumi pelbagai produk dan segmen pasaran menjangkau nilai RM10 juta.
Selaku penganjur, Rayme juga memaklumkan, sasaran itu berupaya dicapai kerana Bazar Aidilfitri yang terbesar di Lembah Klang itu memasuki penganjuran tahun ke-13 dan sentiasa ditunggu semua.
Malah, pihaknya turut menjangka ia akan mendapat sambutan luar biasa dalam
kalangan penduduk di luar Kuala Lumpur yang membolehkan setiap lot niaga menjana
jualan RM30,000.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagai aktiviti dan reruai akan
dilaksanakan dengan konsep kali ini akan menonjolkan serta meraikan kekayaan budaya
Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun temurun di negara ini.
Malah lokasi Anjung Syawal ini juga menjadi pilihan setiap tahun kerana ia berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sekali gus memudahkan pengunjung menunaikan solat berjemaah dan juga solat tarawih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.
Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya pada 19 Mac, dan Demi, 62, mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa foto Bruce bersama keluarga mereka dalam satu hantaran di Instagram.
“Selamat hari lahir, Bruce Willis! Kami sayang kamu,” tulis pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globes itu ringkas.
Demi dan Bruce pernah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun sebelum berpisah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rumer, 36, Scout, 33, dan Tallulah, 31.
Selepas berpisah, Bruce kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan model dan pelakon, Emma Heming Willis pada tahun 2009 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan, Mabel, 12, dan Evelyn, 10.
Antara gambar yang dikongsi termasuk momen bahagia mereka sekeluarga di atas sofa, di mana Moore, Rumer, Scout, dan Tallulah tersenyum gembira sambil berpelukan dengan Bruce serta cucu mereka.
Imbas kembali, keadaan kesihatan Bruce menjadi perhatian ramai selepas dia bersara daripada dunia lakonan pada tahun 2022 setelah didiagnosis mengihidap aphasia.
Setahun kemudian, keluarganya mengumumkan bahawa pelakon yang terkenal dengan siri aksi itu turut menghidap frontotemporal dementia, kedua-dua keadaan tersebut memberi kesan kepada kebolehan kognitif dan komunikasinya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres popular, Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.
Pengumuman tersebut dibuat pada acara...