Pelakon veteran, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil dan menurut Afiqah, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka.
“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya, lapor Xtra.
Ads
Difahamkan, arwah sebelum ini mempunyai sejarah masalah jantung.
Jenazah Dikebumikan Selepas Asar
Afiqah turut memaklumkan jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.
Ads
“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.
Berita mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsikan rakan artis, Didie Alias menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Usahawan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Adnan Abu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di atas segala tindakan dan keterlanjuran katanya di platform media sosial, sebelum ini.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red menerusi satu hantaran video di aplikasi Tik Tok.
“Video ini ditujukan khas kepada bekas isteri saya, Siti Adira Suhaimi dan pihak peguamnya.
“Permohonan maaf ini ikhlas daripada saya di atas sifat keterlanjuran saya di media sosial secara langsung ataupun tak langsung,” kata Adnan.
Menerusi video berdurasi 47 saat itu, Adnan turut berharap agar permohonan maaf ini dapat menamatkan persengketaan diantara dirinya dan Adira.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan fokus untuk sama-sama membesarkan anak-anak walaupun dia dan Adira kini sudah tidak bersama lagi.
“Diharapkan dengan permohonan maaf ini, kita dapat tamatkan perbalahan dan boleh berunding tentang cara bagaimana untuk kita membesarkan dan mengaja anak-anak dengan haluan masing-masing,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka.
Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang.
Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.
Dia juga turut hadir ke program Talk To My Manager 2 dua minggu lalu untuk memberi sokongan terhadap anaknya, Anggrek selain ingin memohon maaf kepada Adira atas kekhilafan yang berlaku di mahkamah semasa prosiding pengesahan rujuk mereka baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Datuk Red & Instagram Adira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi perkembangan keadaan dirinya saat ini selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 11 April lalu.
Berkongsi detik awal bergelar ibu, Indah mengakui dirinya agak kurang rehat kerana masih perlu membiasakan diri dengan perubahan baru tersebut.
“Saya sebenarnya berasa sangat terharu. Tujuh hari pertama selepas bersalin, saya memang tak tidur sangat. Namun, saya menikmati setiap momen-momen itu. Bila lihat wajah anak, saya rasa sangat puas.
“Mukanya sama seperti wajah ayahnya. Yang penting keadaan anak sihat,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Percayalah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis akad nikah pengacara Radin, baru-baru ini.
Meskipun terpaksa berdepan sedikit cabaran, Indah tetap memanjatkan rasa syukur apabila proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi serius.
“Seperti semua tahu, saya sudah agak berusia. Bila dapat tahu saya hamil, doktor minta saya berjaga-jaga.
“Alhamdulillah, saat melahirkan, saya tidak mengalami sebarang komplikasi. Cuma saya bersalin secara pembedahan c-zer.
“Sejak trimester pertama, air ketuban saya agak kurang. Kantung itu menjadi kecil. Bila usia kehamilan meningkat, bayi tak boleh nak pusing pula. Bayi berada dalam posisi melintang.
“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Bayi berada dalam keadaan sihat,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Indah turut berkongsi pengorbanan suaminya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik yang sanggup mengambil tanggungjawab menjaga dirinya sepanjang tempoh berpantang.
“Pada awalnya, kami merancang untuk gunakan khidmat ‘confinement lady’. Namun, bila berbincang semula, saya rasa mahu merasai sendiri momen membesarkan anak dengan suami.
“Dia tawar diri nak menjaga saya ketika berpantang. Dia juga masak makanan saya empat kali sehari. Suami saya punyai ramai kawan pakar nutrisi. Jadi, dia banyak belajar sendiri,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai perancangan menambah zuriat, Indah berkata dia dan suami kini bersyukur dengan kehadiran seorang cahaya mata selepas menunggu hampir lapan tahun.
“Buat masa ini, kami merancang untuk punyai seorang sahaja cahaya mata. Kami menunggu selama lapan tahun. Bila dikurnia seorang cahaya mata, kami sangat bersyukur.
“Bila bertanya kepada doktor, mereka juga memaklumkan risikonya agak tinggi jika saya hamil lagi kerana usia saya semakin meningkat.
“Pada saya, ia tetap bergantung kepada rezeki. Ada wanita dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an pun hamil lagi. Saya hanya berserah. Jika ada rezeki saya terima,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Indah turut mengimbau detik emosinya sewaktu pertama kali mengetahui dirinya hamil selepas pernah melalui pengalaman mengecewakan sebelum ini.
“Saya pun tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Bila kita sudah berserah dan pasrah, saya rasa tak mengapalah jika tidak dikurniakan rezeki untuk punyai zuriat, melahirkan atau menjadi ibu.
“Bila dapat tahu saya hamil, saya memang teruk menangis. Ketika itu suami belum tahu lagi. Bila tunjuk pada suami, ketika itu, dia tidak mengharapkan apa-apa.
“Kami pernah lalui situasi ini sebanyak dua kali. Saya minta dia tengok betul-betul. Di juga terkejut dan teruja,” akhirinya.
Sekadar informasi, Indah dan Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Sebelum itu, Shariff pernah mendirikan rumah tangga, namun berakhir dengan perpisahan dan dikurniakan dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa terkilan apabila melihat ada di antara wanita terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selepas tersalah memilih pasangan hidup.
Menurut Syifa, situasi itu menjadi lebih menyedihkan apabila ada yang terpaksa berdepan pasangan yang mementingkan diri sendiri serta mempunyai personaliti narsistik (NPD), selain tidak mendapat sokongan daripada keluarga mentua.
“Sebenarnya perempuan ini sedih sangat nasib kalau dapat pasangan hidup yang salah. Semua pasangan pun tak sempurna tapi paling malang bila dapat yang versi NPD.
“Lagi malang keluarga mentua sedar tapi apa-apa benda buruk jadi masih tetap salahkan si perempuan malang tu. Sedih la eh hidup,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Dalam pada itu, Syifa turut menitipkan nasihat kepada wanita yang masih bujang agar tidak terlalu tertekan memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.
Kongsinya lagi, kehidupan berumah tangga tidak selalunya indah seperti yang disangka, malah ada pasangan yang terpaksa melalui kehidupan penuh penderitaan.
“Saya selalu pesan dekat kawan-kawan yang masih bujang dan tak kahwin lagi, saya pesan ‘Weh, tak payah sedih kalau tak kahwin lagi, enjoy je’.
“Lagi sedih kalau kau dapat pasangan yang salah sebab perkahwinan ini sebenarnya kau sedang perjudikan nasib kau. Lagi-lagi bila ada anak,” jelasnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai netizen dan ada di antara mereka yang turut menekankan kepentingan memilih pasangan yang mempunyai akhlak dan adab yang baik.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah;
“Berkahwinlah dengan lelaki yang boleh buat kita terikut-ikut dengan sifat baiknya. Seumur hidup itu lama. Pilih pasangan hidup yang baik akhlaknya dan adabnya.”
“Banyak yang indah rupa dari khabar. Sebelum kahwin lain, lepas kawin barulah kita kenal true color pasangan. Hal-hal macam inilah buat gadis-gadis single sekarang takut nak kawin. Takut tersalah pilih.”
“Ya betul. Perkahwinan ini satu perjudian. Kau tak akan tau apa yang kau akan hadap. Yang tak kahwin itu, janganlah sedih dan risau. Mungkin Allah tengah lindung daripada sesuatu yang tak baik.”
“Betul sangat. Jika salah pilih pasangan, penat jiwa dan mental.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Syifa Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Datuk A. Aida tetap berbangga dengan pecapaian yang diraih bersama anaknya, Azeva Natassha meskipun menduduki tempat keempat di Grand Finale Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).