
Sorakan bergema, skrin besar menyala terang, dan setiap mata terpaku pada detik-detik mendebarkan menerusi aksi atas padang!
Peluang meloloskan jaringan membuatkan penonton bangun dari tempat duduk, manakala setiap jaringan yang berjaya diraikan seolah-olah mereka berada di stadium sendiri.
Itulah suasana yang dibawakan menerusi acara Astro BizOne Watch Party yang berlangsung serentak di tiga lokasi tumpuan iaitu COE Foodcourt, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Out of Africa, Petaling Jaya dan Restoran Habib, Johor Bahru, Ahad lalu.



Astro BizOne Watch Party bukan sekadar tempat menonton bola sepak, sebaliknya satu pengalaman kolektif yang menjadikan setiap detik perlawanan terasa lebih hidup dan mengujakan.
Impak Kepada Bisnes & Penglibatan Strategik
Selain menawarkan pengalaman tontonan yang lebih meriah dan interaktif, inisiatif ini turut memberi impak positif kepada sektor perniagaan melalui peningkatan kehadiran pelanggan serta merancakkan ekonomi setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, menerusi pakej Astro BizOne Rewards, pelanggan dalam segmen perniagaan berpeluang memanfaatkan pelbagai bentuk sokongan yang dirangka khusus untuk memperkukuh pertumbuhan operasi mereka.

“Inisiatif ini mencerminkan keupayaan Astro untuk mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perniagaan melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan.
“Dengan memanfaatkan kandungan sukan secara langsung bertaraf premium, kerjasama strategik jangka panjang bersama rakan seperti UNITEN dan TNB, serta penyelesaian perniagaan melalui Astro BizOne Rewards, Astro berjaya menyampaikan pengalaman yang meningkatkan penglibatan khalayak di samping menjana impak perniagaan yang ketara.
“Selain memperkukuhkan hubungan strategik dan mempromosikan kepentingan sukan, inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran pengunjung, di samping jualan makanan dan minuman yang lebih tinggi serta sokongan berterusan kepada perniagaan tempatan.
”Sambutan yang positif mencerminkan keberkesanan ekosistem bersepadu Astro, merangkumi kandungan, platform dan kerjasama dalam mewujudkan nilai bersama untuk rakan kongsi, komuniti dan perniagaan.”
Euan turut meluahkan keterujaannya apabila berpeluang turun padang menyertai acara Astro BizOne Watch Party di COE Foodcourt, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Ahad lalu.

“Pendekatan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan, meningkatkan penglibatan serta menghargai rakan strategik kami seperti UNITEN dan TNB yang telah lama bekerjasama dengan Astro.
“Pada masa sama, ia juga membuka ruang untuk kami mempromosikan kandungan dan produk Astro secara lebih dekat kepada pengguna,” katanya lagi.
Aksi Panas Liga & Peranan Satukan Komuniti
Tumpuan utama acara sudah tentu terarah kepada aksi di Stadium Etihad apabila Manchester City menerima kunjungan Arsenal dalam perlawanan yang dianggap antara ‘penentu’ perebutan kejuaraan Premier League musim ini.
Manchester City sekali lagi membuktikan status mereka sebagai juara 10 kali Liga Perdana apabila mengawal permainan dengan matang.
Berdepan Arsenal yang berdisiplin dan tersusun, skuad kendalian Pep Guardiola berjaya menyerap tekanan sebelum mencatat kemenangan 2-1.

Jaringan daripada Erling Haaland dan Rayan Cherki meletakkan The Citizens hanya tiga mata di belakang Arsenal dengan kelebihan satu perlawanan.
Sementara itu di Merseyside, Liverpool menarik nafas lega apabila gol saat akhir daripada kapten, Virgil van Dijk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Everton, sekali gus membolehkan mereka terus mengekori rapat kelompok teratas liga.
Dalam masa yang sama, Astro BizOne Watch Party bukan sekadar menyajikan aksi di skrin besar, malah berperanan sebagai platform menyatukan komuniti.
Peminat daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi minat yang sama dan menghayati setiap detik perlawanan bersama.
Anda mungkin berminat dengan

Sorakan beramai-ramai bukan sahaja mencetuskan adrenalin, tetapi turut membuka ruang kepada pengunjung untuk berkenalan dengan rakan baharu, sekali gus mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan peminat sukan.

Lebih menarik, semangat kesukanan jelas terpancar apabila penyokong pasukan berbeza mampu duduk bersama dalam suasana harmoni walaupun wujud persaingan sihat sepanjang perlawanan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman menonton perlawanan epik Liga Perdana pada masa akan datang bersama Astro BizOne Rewards Watch Party!
Astro dijangka bakal terus mencetuskan keterujaan untuk penganjuran Watch Party Watch Party ke lebih banyak lokasi dalam usaha memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperkayakan pengalaman pelanggan di seluruh negara.
Nak tahu lebih lanjut tentang kempen Astro BizOne Rewards? Layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my untuk info penuh!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

