
Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah.
Wanita berkenaan, Rien Wartia Trigina atau popular dikenali sebagai Erin, didakwa terbabit dalam insiden yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polres Metro Jakarta Selatan, AKP Joko Adi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada seorang wanita yang namanya bermula dengan huruf H yang mendakwa menjadi mangsa.
Beliau memaklumkan laporan berkenaan dibuat pada awal pagi Rabu selepas mangsa hadir sendiri ke balai polis bagi membuat aduan rasmi.
BACA JUGA: Andre Taulany Sah Bercerai Selepas 20 Tahun Berkahwin. Tiada Tuntutan Harta Dan Hak Asuh Anak
Kes itu mula mendapat perhatian selepas tular di media sosial menerusi satu hantaran di platform Threads yang memaparkan gambar mangsa berada di hadapan kediaman individu yang didakwa terbabit.
Berdasarkan maklumat yang tersebar, Erin didakwa melakukan kekerasan fizikal selain mengugut mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.
Selain itu, kes berkenaan turut dikaitkan dengan dakwaan merosakkan telefon bimbit milik mangsa, menahan barangan peribadi serta tidak membayar gaji.
Menurut laporan RCTI PLus, pada 29 April 2026, Erin memaklumkan bahawa beliau sudah mengetahui butiran laporan yang dibuat oleh pihak penyalur kepada polis dan mendakwa memiliki bukti kukuh untuk menafikan tuduhan tersebut.
“Jadi saya sudah mengetahui apa yang dilaporkan oleh penyalurnya itu dan saya punya bukti-bukti semuanya. Jadi malam ini saya akan melaporkan balik atas pencemaran nama baik yang dituduhkan kepada saya,” ujarnya.
Anda mungkin berminat dengan
Setakat hari ini menerusi peguamnya, laporan balas dengan menyatakan bahawa tuduhan tersebut merupakan fitnah dan satu percubaan untuk mencemarkan nama baiknya telah pun dibuat
Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

