Ads

Ruben Onsu Didakwa Jadi Mangsa Penipuan Projek Telekung Benilai Lebih RM1.2 Juta

Pengacara terkenal Indonesia, Ruben Onsu didakwa menjadi mangsa penipuan dalam satu urusan perniagaan melibatkan projek penghasilan kain telekung yang bernilai tinggi.

Perkara itu didedahkan oleh peguamnya, Minola Sebayang yang memaklumkan kejadian tersebut telah bermula beberapa bulan sebelum sambutan Aidilfitri lalu, namun sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Menurutnya, pengacara rancangan popular Brownis itu telah diperkenalkan oleh seorang rakan kepada seorang individu dikenali sebagai Philipus Suprihatin yang mendakwa mampu menghubungkan beliau dengan syarikat PT Venteny Fortuna Indo bagi tujuan pengeluaran kain telekung secara besar-besaran.

Dalam perjanjian yang dipersetujui, Philipus menawarkan kerjasama pembahagian keuntungan dengan nisbah 60-40, melibatkan nilai kontrak sekitar Rp5.5 bilion (RM1,266,188). Ruben yang melihat peluang perniagaan sempena musim perayaan itu bersetuju untuk menyertai projek berkenaan.

Ads
Ruben Onsu Didakwa Jadi Mangsa Penipuan Projek Telekung Benilai Lebih RM1.2 Juta
Ruben bersama rakan pengacara Brownis.

BACA JUGA: Ruben Onsu Umum Sudah Peluk Agama Islam – “Semoga Saya Boleh Istiqamah…”

Bagaimanapun, sepanjang pelaksanaan projek, individu terbabit didakwa berulang kali meminta bayaran daripada Ruben atas pelbagai alasan, termasuk bayaran pendahuluan bagi membolehkan kilang memulakan pengeluaran serta kos operasi lain.

Ads

Keadaan mula menimbulkan keraguan apabila tempoh pengeluaran yang dijanjikan sering ditangguhkan. Malah, sehingga Aidilfitri berlalu, telekung yang dijanjikan tidak pernah dihasilkan atau diserahkan kepada Ruben.

Ads

Minola turut menjelaskan bahawa wang yang telah dipindahkan oleh Ruben ke akaun syarikat terbabit tidak pernah dicairkan, selain tidak disalurkan kepada pihak kilang bagi tujuan produksi produk seperti yang dipersetujui.

Anda mungkin berminat dengan

Susulan itu, Ruben yang menyedari berlaku sesuatu yang mencurigakan telah berusaha menghubungi Philipus bagi mendapatkan penjelasan. Namun, individu berkenaan dilaporkan gagal dihubungi dan dipercayai menghilangkan diri.

Sehingga kini, kes berkenaan masih belum menemui penyelesaian dan berada dalam perhatian pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: Detik Hot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ke Arah Lebih Serius, Belum Lagi,” – Ozlynn Ulas Hubungan Ariq...

Pelakon Ozlynn Wati tampil memberikan penjelasan mengenai identiti wanita yang sering dilihat bersama anaknya, Ariq, selepas perkara itu hangat diperkatakan susulan beberapa hantaran tular di media sosial.
error: Hello. Cannot.