Pengacara dan selebriti popular Indonesia, Ruben Onsu mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dirinya telah memeluk agama Islam dan kini bergelar seorang mualaf.
Berita penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Ruben atau nama sebenarnya Ruben Samuel Onsu menerusi satu hantaran di Instagram pada hari pertama Aidilfitri, 31 Mac 2025.
Walaupun tidak berkongsi tarikh sebenar dirinya memeluk agama Islam, pengacara kepada beberapa program hiburan terkenal ini menjelaskan bahawa dia memiliki alasan tersendiri mengapa baru kini mahu berkongsi mengenai penghijrahannya.
“Assalamualaikum. Mungkin ini saatnya saya boleh sampaikan. Maafkan jika baru kini saya kongsi, kerana saya ingin fokus ibadah. Sebagai manusia saya yang tak luput dari salah, dan terus berusaha memperbaiki untuk masa hadapan agar boleh menjadi lebih baik” tulisnya ringkas.
Hijrah bukan kerana masalah
Dalam hantaran tersebut, Ruben turut menjelaskan bahawa keputusan besar itu bukanlah disebabkan oleh masalah rumah tangga mahupun desakan daripada mana-mana pihak.
Ads
“Semua keputusan ini sudah saya fikirkan lama. Tiada kaitan dengan rumah tangga yang pernah saya lalui, dan ini bukan kerana paksaan sesiapa pun,” kongsinya lagi.
Tambahnya lagi, dia memohon maaf kepada semua andai pernah menyinggung mana-mana pihak, serta berharap agar dirinya mampu kekal istiqamah selepas bergelar mualaf.
Ruben bersama sahabat baiknya yang juga rakan pengacara, Ivan Gunawan, sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri. Kredit foto: IG Ivan Gunawan
Dapat Sokongan Rakan Artis
Menariknya, dalam coretan yang penuh emosi itu, Ruben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Habib Usman Bin Yahya dan rakan artis, Kartika Putri yang membimbingnya dalam proses memeluk Islam.
Ads
“Terima kasih kepada @habibusmanbinyahya atas bimbingan yang tidak pernah putus serta perhatian yang sentiasa diberikan kepada saya yang masih dalam proses belajar. Jangan penat ya, Bib. Juga kepada @kartikaputriworld yang sentiasa bersikap baik dan tidak pernah jemu memberi semangat,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi dangdut terkenal, Lesti Kejora juga disebut sebagai antara individu penting yang sentiasa berada di sisi Ruben sepanjang proses penghijrahannya.
“Terima kasih untuk @lestikejora yang dari awal tak henti-henti memberi semangat. Pendengar yang baik dan memberi jawapan yang menenangkan tanpa menyakiti orang lain,” kongsinya lagi
Ads
Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat membanjiri posting tersebut dengan ucapan tahniah, doa yang baik-baik, serta harapan agar Ruben terus istiqamah dalam fasa baharu
Imbas kembali, Ruben sebelum ini merupakan penganut agama Kristian dan pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Sarwendah Tan.
Hasil hubungan tersebut merkea memiliki dua orang anak kandung dan seorang anak angkat. Berkahwin pada 2013, namun Ruben dan Sarwendah telah sah bercerai pada 24 September 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Indonesia, Nirina Zubir baru sahaja kehilangan ayahnya, Zubir Amin pada Khamis 23 Disember 2021 akibat penyakit angin ahmar. Jenazah ayah pelakon Ali and Ratu Ratu Queens itu telah disemadikan di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir yang terletak di ibu kota Indonesia, Jakarta.
Pemergian ayahnya itu memberi kesan kepadanya lantaran dia juga telah kehilangan ibu pada tahun 2019. Ditambah pula baru-baru ini keluarganya dikejutkan dengan kes penipuan harta arwah ibunya yang diseleweng oleh pembantu rumah tangga yang sudah dianggap seperti keluarga.
Sebelum meninggal dunia ayahnya yang mesra digelar sebagai buya dalam kalangan keluarga membuat satu permintaan andainya dia menghembuskan nafas terakhir. Permintaan tersebut agar dia dikuburkan bersebelahan dengan ibunya yang merupakan nenek kepada Nirina Zubir.
“Buya ditanam satu liang lahad dengan arwah ibunya dia. Memang ini keinginan buya sejak kesihatan buya semakin menurun. Dia mahu kalau waktunya sudah tiba, dia mahu disatukan bersama ibunya. Maka inilah yang kita lakukan hari ini menguburkannya bersama dengan ibunya,” jelas Nirina menjelaskan keinginan arwah ayahnya.
Reda dengan pemergian ayah tercinta, Nirina mengungkapkan yang dia ikhlas dan berasa lega kerana ayahnya tidak lagi menderita kesakitan. Mula dimasukkan ke hospital pada awal November lalu, keadaan kesihatan ayahnya semakin menurun sehingga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan tinggi (HCU).
“Saya melihat ini sebagai pelajaran hidup, mungkin ini menguatkan saya untuk masa hadapan. Tetapi yang pasti saya merasa lega kerana bapa sudah tidak sakit lagi. Walaupun terasa berat sekali, mungkin dari kelmarin doa saya semoga yang terbaik diberikan kepada buya. Semoga ini membuatkan saya dan keluarga lebih kuat dan lebih rapat,” ujarnya sambil menahan sebak.
Sepotong video tular di media sosial apabila dua individu melakukan perbuatan kejam terhadap seekor kucing betina yang sedang bunting.
Dipercayai kucing berkenaan adalah seekor kucing terbiar di kawasan sekitar.
Video yang dirakam menerusi CCTV di Taman Gombak Ria, Kuala Lumpur itu memaparkan individu berkenaan memasukkan kucing betina ke dalam mesin pengering.
Video berudrasi 2 minit 50 saat itu memaparkan kedua- dua individu tersebut meninggalkann begitu sahaja kedai dobi berkenaan selepas mereka mencuci baju.
Walaubagaimanapun, seorang pelanggan dobi yang terkejut melihat bangkai kucing berlumuran darah di dalam mesin basuh itu.
Rata-rata netizen telah memberikan komen yang pelbagai dan berangapan bahawa kedua-dua mereka tidak berperikemanusian.
Setiap perbuatan keji dan terkutuk pasti akan mendapat balasan.
Video : YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak 1 Syawal yang lalu, rata-rata platform media sosial dibanjiri foto dan video yang memaparkan warga maya mengenakan pelbagai jenis busana hari raya.
Selain mengenakan tema sedondon, ada juga yang mahu sepersalinan mereka tampil berbeza daripada kebiasaan.
Terbaru, tindakan pelakon, Fahad Iman yang mengenakan Baju Melayu Hitam nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, baju raya yang dikenakan Fahad dilihat agak berbeza kerana ia mengenakan potongan ‘crop top’.
Video berkenaan telah menarik perhatian ramai pihak sehingga meraih lebih sejuta tontonan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pemilihan fesyen baju melayu tersebut selain turut tertanya-tanya reaksi ahli keluarga dan saudara mara selepas melihat Fahad mengenakan pakaian sebegitu rupa.
“Opah kau tak marah ke bang pakai baju macam ni?
“Dunia fesyen okay sahaja tapi kalau pakai baju melayu yang asli lagi menawan.
“Perutku tak boleh relate sebab berbumper-bumper.
“Kalau macam ni, lepas solat baru boleh pakai bang. Takut nanti orang cakap tak solat.
“Aku pakai ni nanti, ada selambak yang keluar,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Dalam pada itu, menerusi video berasingan, Fahad turut berkongsi reaksi keluarganya yang tidak mempunyai masalah dengan fesyennya itu ketika beraya di kampung.
Pelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan yang mendakwa dia bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama tunangnya yang juga pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Menurut Eyka, 30,...