Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, baru-baru ini menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, menerusi sesi ‘Ask Me’ di Instagram Story.
Seorang pengguna platform sosial berkenaan ada bertanya sama ada mereka pernah tidur bersama.
“Dah sleep dengan J? (Jefri Nichol),” soal netizen tersebut.
Menjawab persoalan itu, Ameera yang juga adik kepada selebriti Neelofa, menjelaskan pertanyaan tersebut dengan ringkas, tapi bermakna.
“Sleep call setiap malam, kalau tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus,” tulis Ameera.
Ads
Tegur Netizen
Bagaimanapun pada akhir jawapannya, Ameera turut menegur netizen berkenaan, menyarankan agar lebih berfikir sebelum mengajukan soalan sedemikian.
“Kak, dah tua janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tak ada otak,” tulisnya lagi.
Ads
Ads
Hubungan Ameera & Jefri
Sebelum ini, hubungan Ameera dan Jefri pernah menjadi perhatian ramai, terutamanya selepas Jefri mendedahkan dalam sebuah podcast dengan mendakwa dia pernah tidur dengan lebih 20 wanita.
Dunia hiburan Hollywood kehilangan satu lagi bintang lagenda apabila pelakon terkenal Val Kilmer dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Menerusi laporan eksklusif oleh The New York Times, pemergian aktor yang dikenali menerusi filem Top Gun dan Batman Forever (1995) itu disahkan oleh anak perempuannya, Mercedes Kilmer.
Menurut Mercedes, ayahnya menghembuskan nafas terakhir akibat radang paru-paru pada hari Selasa, 1 April (Waktu Amerika Syarikat). Untuk rekod, Val Kilmer pernah didiagnosis menghidap kanser tekak pada tahun 2014, namun dilaporkan berjaya melalui proses pemulihan.
Kilmer, yang sebelum ini agak menyepi dari dunia seni, pernah membuat kemunculan awam yang jarang sekali berlaku pada acara anjuran TwainMania Foundation sekitar Jun 2019.
Kemunculannya itu mendapat perhatian ramai, apatah lagi ditemani oleh anak lelakinya yang ketika itu berusia 23 tahun, Jack Kilmer.
Val Kilmer sempat membuat penampilan istimewa dalam filem sekuel yang dinantikan ramai, Top Gun: Maverick, bergandingan semula dengan sahabat baiknya Tom Cruise. Filem tersebut yang disiarkan pada 2022 mendapat sambutan hangat.
Dalam sebuah temubual pada tahun 2018, Tom Cruise menyifatkan peluang bekerjasama semula dengan Kilmer sebagai satu pengalaman yang sangat “istimewa”. Momen mereka dalam filem tersebut dikatakan sangat menyentuh hati para penonton.
Setelah bertahun-tahun menjadi buah mulut ramai mengenai tahap kesihatannya, Kilmer akhirnya membuka cerita tentang perjuangannya menentang kanser tekak dalam sebuah temubual bersama The Hollywood Reporter pada Disember 2017.
Dek penyakit tersebut beliau menjalani pelbagai prosedur, termasuklah prosedur pada trakea yang menyebabkan suaranya menjadi serak dan kesukaran untuk bernafas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris bakal menghiburkan para peminat menerusi sebuah konsert Hari Raya percuma, KONSERT EH RAYA 2025, yang akan berlangsung di Summit USJ pada 26 April 2025 (Sabtu), dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
Dikenali sebagai figura yang konsisten memperjuangkan seni budaya tempatan, Noraniza mengetengahkan pendekatan unik dengan menggabungkan elemen hiburan, warisan budaya dan keterlibatan komuniti dalam satu sambutan Aidilfitri yang penuh makna.
Berbeza dengan konsert biasa, KONSERT EH RAYA 2025 menampilkan persembahan yang menyusuri pengalaman rumah terbuka dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.
Noraniza yang mesra disapa Kak Ani juga bakal memainkan watak sebagai “Che Ani” dan akan mengacarakan persembahan selama dua jam bersama rakan artis seperti Azmir Arif, Helmi Gimmick dan Siti Sarah.
Penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu raya klasik seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal, diiringi lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI).
Sebagai usaha memartabatkan seni tradisional dalam masyarakat, konsert ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti Bengkel Zapin & Ronggeng Selangor, pertandingan tarian kreatif, serta aktiviti unik seperti Rewang Raya, Malam 7 Likur, Pagi 1 Syawal dan perarakan makanan warisan Bugis.
Semua program ini dianjurkan secara terbuka dan percuma untuk orang ramai, menjadikan acara ini antara yang terbesar sempena sambutan Aidilfitri di Selangor.
Lebih istimewa, pengunjung berpeluang menyaksikan pratonton eksklusif persembahan tarian warisan Negeri Selangor, bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
Modul pembelajaran budaya ini merupakan hasil pembangunan Noraniza sendiri melalui akademinya yang kini beroperasi di Shah Alam.
Jelas Noraniza, dia teruja kerana dapat menjayakan konsert ini bersama rakan artis dalam suasana mesra keluarga yang mengetengahkan elemen moden dan tradisional.
“Sebagai anak seni, saya percaya muzik tradisional dan elemen kebudayaan harus terus diberi ruang dan disatukan dengan irama moden agar mampu menarik minat generasi baru,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.
Penganjur bersama, Jeffri Iman Hoodi daripada NIPV Management menjangkakan lebih 5,000 pengunjung akan hadir memeriahkan KONSERT EH RAYA 2025.
Katanya, objektif utama adalah untuk mewujudkan suasana Aidilfitri yang meriah, inklusif dan mampu memperkasakan seni budaya dalam kalangan generasi muda.
Selain persembahan pentas, konsert ini turut membuka peluang kepada para usahawan mempromosikan produk mereka melalui ruang pameran, demonstrasi serta penyertaan dalam jamuan gastronomi warisan Bugis dan semuanya secara percuma!
Majlis pelancaran rasmi konsert ini dijangka akan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman AlHaj selaku Penaung NIDA.
KONSERT EH RAYA 2025 dianjurkan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Summit USJ selaku penaja lokasi, Tourism Selangor sebagai penyokong promosi negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penaja hadiah serta rakan pelaksana seperti CHE ANI PREMIUM, NAJAH dan NIDA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
“Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
“Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
“Dia macam sebak tapi lega. Sangat berdebar duduk atas pelamin tadi sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Alhamdulillah, semuanya dah selamat,” katanya, lapor Harian Metro.
Erissa Puteri yang juga bintang Ceria Popstar turut mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis ini, Erissa Puteri menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Sebagai lambang kasih sayang, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan rantai emas dan berlian kepada Erissa Puteri.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan dan resepsi akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...