Pelakon Zamarul Hisham meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat serangan jantung yang dialami pada Februari lalu.

Menurut Zamarul, dia kini bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu lebih berdisiplin dalam aspek pemakanan harian.

“Satu Saluran, Tiga Tersumbat,” – Zamarul Hisham Kenang Insiden Kena Serangan Jantung, Ikhtiar Ubat Tradisonal

“Sebelum ini, saya makan apa sahaja yang saya suka. Kini saya perlu makan ubat setiap hari. Ketika bulan pertama, saya perlu habiskan tujuh jenis ubat tapi kini tinggal lima.

“Dari segi kesihatan, saya sudah beransur pulih. Namun, ketika tayangan filem tadi, mungkin saya tidak berpantang dan asyik makan pop corn. Tiba-tiba dada rasa tak selesa.

“Nasib baik ada standby ubat. Ubat ini memang perlu dibawa ke mana-mana,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Blood Brothers, baru-baru ini.

Semangat Baharu

Zamarul yang juga suami kepada pelakon Diana Rafar turut berkongsi, selepas menjalani pembedahan, dia merasakan tubuhnya bertenaga untuk kembali bekerja.

Ads

“Satu Saluran, Tiga Tersumbat,” – Zamarul Hisham Kenang Insiden Kena Serangan Jantung, Ikhtiar Ubat Tradisonal

“Dari segi bekerja, saya tiada masalah. Saya kini diibaratkan mendapat jantung baharu kerana doktor telah membuka saluran darah baharu.

“Saya jalan laju atau naik tangga pun tak penat berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Selain rawatan moden, Zamarul juga memaklumkan dia turut berikhtiar dengan perubatan tradisional bagi merawat saluran yang masih tersumbat.

Ads

“Saya memang ada perjumpaan susulan bersama doktor. Ketika pembedahan pertama, ia ambil masa lebih dua jam. Sepatutnya saya perlu masukkan dua sten.

“Tapi, doktor baru fokus pada satu saluran. Satu saluran, ada tiga tersumbat. Di sebelah kanan pula, doktor tidak galakkan kerana bimbang saya penat ketika itu.

“Saya perlu buat temu janji dalam masa sebulan. Sepatutnya sudah tiba masanya tapi dalam tempoh sebulan ini, saya amalkan ubat tradisional.

“Saya harap saluran itu akan terbuka sendiri tanpa perlu pembedahan,” katanya lagi.

Ads

Trauma Ketika Serangan Jantung

Mengimbau kembali detik cemas saat pertama kali diserang sakit jantung, Zamarul mengakui peristiwa itu amat menakutkan dan membuatkannya berfikir soal hidup dan mati.

“Satu Saluran, Tiga Tersumbat,” – Zamarul Hisham Kenang Insiden Kena Serangan Jantung, Ikhtiar Ubat Tradisonal

“Ketika diserang sakit jantung, saya hilang semangat. Tertanya-tanya sempat ke aku bertaubat. Bukanlah nak kata saya ini jahat tapi banyak yang bermain di fikiran.

“Suasana di Hospital Port Dickson juga agak seram. Saya berdoa janganlah Kau ambil nyawa aku di sini dan aku mahu tengok anak-anak membesar. Sukar nak gambarkan perasaan takut itu,” akhirinya.

Imbas kembali, Zamarul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Port Dickson pada 5 Februari lalu kira-kira jam 2 pagi akibat sesak nafas semasa berada di lokasi penggambaran.

Dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya bagi menerima rawatan lanjut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI