Pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham merupakan antara pasangan selebriti antarabangsa yang dikenali begitu rukun dalam menjaga rumah tangga mereka. Dengan usia perkahwinan yang sudah mencecah 23 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Dalam satu temu bual bersama River Café Table Podcast, bintang bola sepak ini mendedahkan yang isterinya itu makan menu yang sama sahaja sejak 25 tahun lalu ketika mereka mula-mula berkenalan.
David yang merupakan seorang penggemar dan kerap bereksperimentasi dengan makanan berkata, “Saya boleh berperasaan emosional tentang makanan dan juga wine, apabila saya makan sesuatu yang hebat saya mahu orang lain juga menikmatinya.
“Malangnya saya berkahwin dengan orang yang hanya makan menu yang sama selama 25 tahun. Sejak saya kenal dengannya, dia hanya makan ikan bakar dan sayur kukus. Jarang sekali dia tersasar dari makan menu tersebut.”
Ads
David menambah lagi yang isterinya ini hanya pernah sekali sahaja makan makanan dari pinggannya ketika mengandungkan anak bongsu mereka, Harper Seven.
Kongsinya, “Ada sekali sahaja dia berkongsi makan makanan yang ada di pinggan saya. Ketika itu dia sedang mengandungkan Harper dan ia merupakan perasaan yang paling menakjubkan. Saat itu merupakan petang kegemaran saya. Apa yang pasti, dia tidak lagi makan menu tersebut sejak itu.”
Ads
Victoria atau popular dengan gelaran Posh begitu menjaga pemakanannnya untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjaga kesihatan. Dia sebelum ini pernah mengakui yang tidak makan makanan yang dimasak menggunakan minyak, mentega atau sos. Ahli kumpulan Spice girl ini juga tidak makan daging merah dan makanan berasaskan tenusu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kehilangan ibu tercinta dua tahun lalu ternyata memberikan kesan mendalam buat pelakon, Datuk Aaron Aziz.
Jika dahulu kepulangannya ke Singapura menjadi antara perkata yang dinanti, bagaimanapun kiniperasaan tersebut sudah berbeza.
“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas pemergiannya, memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini.
“Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sibuk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.
“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak sukar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saja pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.
“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila di ke kubur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menyedihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,”katanya.
Aaron dalam pada itu turut berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji bersama isteri, Dayana Halik, selepas lima kali mengerjakan umrah.
“Selepas lima kali buat umrah, kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.
“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” katanya yang sudah tiga tahun memasarkan produk wangian di bawah jenama sendiri, The Oud by Aaron Aziz.
Mengulas mengenai perkara itu, bintang Pisau Cukur ini tidak menafikan dia sekarang kian selesa bergelar ahli perniagaan.
Sementara itu bercakap mengenai produk berkenaan, Aaron bersyukur dengan penerimaan baik pengguna terhadap tiga produk di bawah jenamanya kini.
Lebih membanggakan, The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.
“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.
“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah,”katanya.
Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. mendedahkan, dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri ini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan sekarang.
“Bila diberi ruang Nori Malaysia untuk saya muncul dengan wangian sendiri saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya.
“Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.
“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka.
“Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,” jelasnya.
Aaron juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.
“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.
“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.
“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati. Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi.
“Selain itu, ia juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari setelah kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020.
Genap dua tahun pemergian suami ke negeri abadi, Bunga bersama anak lelakinya, Noah Aiden dilihat setia menziarahi pusara pelakon dan model asal Malaysia itu, pada Jumaat.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menzahirkan rasa rindu terhadap arwah suaminya menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram.
“Visiting Daddy Its been 2 years since you are gone. Life is not the same without you here. But we are adjusting.
“We have more better days. We are happier now And we hope you are too.
“Thank you for all your love, Daddy. We miss u, a lot. And love you, always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat meninggalkan kata semangat buat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu agar terus kuat dan tabah selalu.
“Been 2 years. You are one of the best daddy,” tulis seorang wargamaya.
“Semua yang bernyawa pasti akan mati … Keep strong,” tulis peminat.
“Al fatihah for ashraf,” titip seorang peminat yang lain.
“Alfatihah, kuat selalu kak unge,” tulis lagi seorang warganet.
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memiliki wajah yang tampan serta keperibadian yang sangat ‘charming’, tidak hairanlah mengapa kita sering kali melihat pelakon, Nazim Othman banyak membintangi drama-drama berkisarkan percintaan.
Bagaimanapun, selepas menonton sebuah video yang memaparkan sekumpulan askar sedang menamatkan latihan, Nazim percaya dirinya juga mampu menggalas dan membawa sedemikian.
“Kepada para produser tersayang, selain watak sebagai anak CEO Megah Holdings, I’m ready for this kind of roles too.
“Please consider me next time. Thank you,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kau Cipta Kasih itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk mencabar dirinya untuk membawa watak sebagai askar.
Lantaran itu, Nazim berharap agar para penerbit dapat mempertimbangkan namanya sekiranya ada menerbitkan drama berkisarkan ketenteraan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menyambut baik cadangan tersebut selain turut merasakan sudah tiba masanya Nazim mencabar dirinya dengan membawakan watak yang berbeza daripada naskah-naskah sebelumnya.
“I think you have what it takes too Nazim.
“Semoga ada rezeki untuk watak yang mencabar ini.
“Boleh cuba ya Naz. Kami nak tengok juga.
“Yes. Ternanti-nanti Nazim bawa watak macam ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, drama, Kau Cipta Kasih lakonan, Nazim bersama gandingannya, Uyaina Arsyad baru sahaja malabuhkan tirainya pada minggu lalu.
Kini, Nazim dikhabarkan sedang sibuk menjalani menjalani pengambaran bagi drama terbaru, Ratu Ten Pin musim ke-2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peserta Talk To My Manager 2 (TMM2), Viviana Zairi mengakui bukan mudah untuk dirinya menceritakan semula pengalaman hitam ketika menjadi mangsa buli di sekolah menerusi sebuah program audio siar, baru-baru ini.