Ads

“Beberapa Minggu Ini, Saya Agak Kepenatan,” – Persembahan ‘Tak Adil’ Dikritik Kurang Bertenaga? Aisha Retno Terima Teguran

Menerima kritikan segelintir penonton kerana dikatakan memberi persembahan kurang bertenaga sewaktu beraksi di pentas separuh akhir kedua Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Aisha Retno menerima setiap teguran dengan hati terbuka.

Menurut Aisha, dia mengakui agak kepenatan susulan jadual kerja yang padat lebih-lebih lagi selepas lagu raya, Jodoh Labaran berjaya mencipta fenomena luar biasa sepanjang Syawal lalu.

“Beberapa Minggu Ini, Saya Agak Kepenatan,” – Persembahan ‘Tak Adil’ Dikritik Kurang Bertenaga? Aisha Retno Terima Teguran

“Saya memang tak menafikan perkara itu. Selepas membuat persembahan malam tadi, saya sudah menjangkakan komen-komen daripada netizen. Saya terima dan mengiyakan.

“Saya memang kepenatan disebabkan gelombang Jodoh Lebaran. Saya harus memenuhi pelbagai jemputan persembahan. Saya tak boleh nak menolak kerana semuanya adalah rezeki.

“Segalanya berbalik kepada diri saya sendiri. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak,” katanya kepada MH.

Aisya berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhir pentas separuh akhir AJL40 yang berlangsung di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Ads

Terdahulu, Tak Adil antara 10 lagu yang akan bertanding di pentas berprestij, AJL40, Ogos nanti.

“Beberapa Minggu Ini, Saya Agak Kepenatan,” – Persembahan ‘Tak Adil’ Dikritik Kurang Bertenaga? Aisha Retno Terima Teguran

Usaha Perbaiki Kelemahan

Bagaimanapun, Aisha akui soal kepenatan ini tidak seharusnya dijadikan alasan kerana anak seni seharusnya tahu untuk menyusun jadual kerja mereka dengan baik.

Katanya lagi, dia akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan itu pada masa akan datang.

“Beberapa Minggu Ini, Saya Agak Kepenatan,” – Persembahan ‘Tak Adil’ Dikritik Kurang Bertenaga? Aisha Retno Terima Teguran

Ads

“Bila mereka umumkan lagu Tak Adil layak ke AJL40, saya sebenarnya agak terkejut. Mungkin ada pihak yang merasakan ada lagu-lagu lain yang lebih layak.

“Namun, di AJL ini, setiap juri ada pandangan dan lebih arif dalam membuat penilaian. Saya mengiyakan bila ada yang kata saya nampak ‘pancit’. Saya ambil teguran itu secara positif.

“Terima kasih kerana ambil berat. Beberapa minggu ini, saya memang agak kepenatan. Saya tahu penat ini tidak boleh dijadikan alasan. Ini memang tugas seorang penyanyi.

“Kita kena profesional. Sama ada bertanding esok atau tahun hadapan, saya kena sentiasa bersedia. Itulah perkara yang perlu saya belajar lagi,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Jelas Aisha lagi, dia mungkin akan mengambil sedikit waktu untuk berehat selepas giat bekerja sejak Disember tahun lalu.

“Beberapa Minggu Ini, Saya Agak Kepenatan,” – Persembahan ‘Tak Adil’ Dikritik Kurang Bertenaga? Aisha Retno Terima Teguran

“Selepas tamat bulan Syawal, saya mungkin akan berehat seketika. Bagi yang mengikuti saya, sejak Disember tahun lagu sehinggalah saat ini, saya belum ada waktu berehat atau bercuti.

“Bila Allah bagi rezeki, kita agak galas selagi mampu. Saya pun muda lagi dan boleh kerja kuat. Peminat pun ada minta saya berehat. Terima kasih diatas perhatian anda. Saya akan cuba buat yang terbaik.

“Saya akan ambil masa berehat. Dalam waktu rehat itu, saya akan tetap berkarya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Tiara Jacquelina Cari Bintang Pelapis & Bakat Luar Biasa Bintangi Puteri...

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026, Puan Sri Tiara Jacquelina, meluahkan keterujaannya selepas melihat sambutan luar biasa daripada para peminat sejurus teaser pertama karya ikonik itu dilancarkan baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.