Ads

Bintang Filem Klasik Melayu, Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

Industri seni tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seniwati legenda, Datuk Seri Maria Menado yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari tadi pada usia 94 tahun.

Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Maria menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di sisi ahli keluarga di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Menurut menantu Allahyarham Maria, Sairul Amar Ayob, ibu mertuanya sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu.

“Allahyarham Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang,” katanya seperti yang dipetik.

Jelas Sairul lagi, pada masa ini, jenazah Allahyarham Maria akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi peluang kepada kaum keluarga dan sahabat serta kenalan memberi penghormatan terakhir.

Ads

Sairul turut menambah, usai penghormatan terakhir, jenazah Allahyarham ibu mertuanya akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sekadar informasi, Allahyarham Maria dilahirkan pada 2 Februari 1932 di Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia sebelum menukar namanya dan memeluk agama Islam pada usia 19 tahun.

Ads

Allahyarham Maria merupakan antara bintang filem Melayu paling berpengaruh pada era kegemilangan perfileman Melayu sekitar tahun 1950-an hingga awal 1960-an.

Nama Maria kian memuncak apabila membintangi filem trilogi Pontianak, Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak.

Ads

Malah, Maria juga turut dianggap sebagai pelopor untuk watak pontianak di dalam industri filem tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut laporan Awani, pada kemuncak kerjayanya, Allahyarham turut menerima pengiktirafan antarabangsa, antaranya gelaran ‘Wanita Terjelita Malaya’ oleh Times Magazine serta ‘Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara’ oleh agensi berita United Press International.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Amira Othman Umum Hamil 30 Minggu, Bakal Timang Cahaya Mata Sulung...

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin. Menurut Amira, 33,...
error: Hello. Cannot.