
Pelakon, Norish Karman menegaskan minatnya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar meskipun usianya kini sudah mencecah 51 tahun.
Menurut Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, kemampuan seseorang pelakon itu tidak wajar dinilai berdasarkan usia semata-mata.
Malah, dia turut menyatakan kesediaan untuk membawa watak yang lebih berat dan mencabar sekiranya diberikan peluang.

“Sebenarnya, apa yang saya beri kepada industri seni selama ini hanyalah 30 peratus sahaja. Lagi 70 peratus masih lagi disimpan dan belum terungkai. Industri seni kita ini lebih melihat kepada umur.
“Seharusnya ia dinilai melalui kemampuan. Saya boleh bawa watak sebagai orang gila, orang miskin tepi jalan atau watak orang buta. Saya amat mendambakan watak sebegini.
“Saya juga nak watak sebagai ‘fighter’. Saya boleh berlawan,” katanya menerusi temu bual secara langsung bersama usahawan, Datuk Aliff Syukri.
Berdepan Ujian Kesihatan, Kuat Demi Keluarga
Dalam pada itu, bintang filem Sayang Salmah dan drama Spa-Q itu turut berkongsi sebelum diuji dengan masalah kesihatan, dia seorang yang aktif melakukan pelbagai aktiviti sihat.
Sehubungan itu, dia kini berazam untuk kembali pulih dan menjalani kehidupan sihat seperti sebelumnya.

“Kalau keadaan saya okay, saya aktif dengan aktiviti seperti pilates, kick boxing, yoga dan bermain bola bersama anak-anak. Saya seorang yang sangat aktif.
“Kebetulan ketika ini, Allah memberikan saya dugaan. Insya-Allah selepas ini, saya akan amalkan makan herba. Mungkin kadaan keadaan kesihatan saya akan bertambah baik.
“Saya akan berusaha menjaga kesihatan saya sebaik mungkin,” ujarnya lagi.
Norish menambah, dia juga tidak akan sesekali patah semangat dan akan terus kuat demi anak-anak walaupun perlu berdepan pelbagai cabaran hidup.
Anda mungkin berminat dengan

“Suya hidup kerana Allah SWT dan anak-anak saya. Saya sudah tidak pandang lagi apa pemikiran orang terhadap saya,” kongsinya.
Semalam tular apabila usahawan, Aliff telah menyerahkan sumbangan berbentuk gaji berjumlah puluhan ribu ringgit kepada Norish dan lapan anak-anaknya sejurus tamat sesi jualan siaran langsung selama dua jam di TikTok.
Usaha Aliff bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida itu merupakan salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban keluarga pelakon berkenaan, sekali gus menerima pelbagai reaksi baik warga maya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

