
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin.
Menurut Amira, 33, usia kandungannya kini telah mencecah 30 minggu dan dijangka akan bersalin pada Jun depan.
“Alhamdulillah saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu.
“Insya-Allah saya dijangka akan bersalin pada Jun depan,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk terbaharu Rissa Skin di Shah Alam pada Khamis.
Walaupun teruja bakal menimang cahaya mata pertama, Amira memilih untuk tidak berkongsi jantina bayi buat masa ini dan akan mengumumkannya pada waktu sesuai.
“Saya pun belum tahu mengenai jantina anak yang bakal lahir. Saya tidak kisah, asalkan bayi dalam kadungan berada dalam keadan yang sihat,” ujarnya.
Dalam masa sama, Amira turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.

Perancangan Kerjaya & Reaksi Fattah Amin
Mengulas mengenai perjalanan seninya ketika ini, Amira memaklumkan dia akan terus bekerja selagi mampu sebelum berehat panjang untuk menjalani tempoh berpantang.
“Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Saya akan berehat untuk pantang sahaja selepas ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang bakal dikurniakan dalam mahligai perkahwinan yang dbina.
“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung Amira berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.
“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang sahaja baik-baik untuk kami,” ujarnya.
Anda mungkin berminat dengan
Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan penyanyi lagu Hati-Hati itu mula menjadi perhatian apabila penampilannya dikatakan jelas memperlihatkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini.
Bagaimanapun, Amira ketika itu belum mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan hanya meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatannya.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

