Ads

“Alhamdulillah…”- Pelakon Tamara Tyasmara Syukur Hukuman Terhadap Pembunuh Anaknya Kekal

Keputusan Mahkamah Agung menolak permohonan semakan semula yang difailkan oleh Yudha Arfandi akhirnya menutup segala ruang buat tertuduh dalam kes pembunuhan tragis melibatkan Dante, anak kepada artis Tamara Tyasmara.

Dengan keputusan tersebut, Yudha kekal menjalani hukuman penjara selama 20 tahun seperti yang telah diputuskan sebelum ini.

Perkembangan terkini itu disahkan menerusi laman rasmi Pengadilan Negeri Jakarta Timur yang memaparkan amar putusan “Tolak PK Terpidana” di bawah nombor 53 PK/PID/2026.

Bagi Tamara, keputusan itu bukan sekadar penamat kepada proses perundangan panjang, tetapi juga satu bentuk keadilan yang akhirnya berpihak kepada arwah anaknya.

“Alhamdulillah, Allah tidak pernah salah dalam meletakkan keadilan,” katanya seperti dilaporkan detikcom.

“Saya juga sangat bersyukur kerana Yang Mulia Hakim Agung serta seluruh majlis hakim yang mengendalikan kes ini telah memberikan keadilan yang seadil-adilnya buat Dante, untuk saya dan keluarga,” ujarnya lagi.

Ads

Kes menyayat hati ini mula menjadi perhatian apabila Dante dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika berenang di sebuah kolam renang di kawasan Pondok Kelapa, Kecamatan Duren Sawit, Jakarta Timur pada 27 Januari 2024.

“Alhamdulillah…”- Pelakon Tamara Tyasmara Syukur Hukuman Terhadap Pembunuh Anaknya Kekal

Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan Yudha, yang ketika itu merupakan teman lelaki Tamara, sebelum didakwa sebagai suspek utama.

Ads

Lebih mengejutkan, Yudha pada awalnya mendakwa tindakannya menenggelamkan kanak-kanak berusia enam tahun itu hanyalah sebagai latihan pernafasan bagi menguatkan stamina.

Namun alasan tersebut akhirnya tidak dapat diterima mahkamah apabila dia didapati bersalah melakukan percubaan pembunuhan terancang dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada November 2024.

BACA JUGA: Pelakon Drama Setulus Hati, Tamara Tyasmara Sambut Hari Jadi Arwah Anak Di Kubur

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Walaupun pihak pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman mati atas faktor kekejaman dan sifat tidak berperikemanusiaan dalam kes tersebut, mahkamah memutuskan hukuman penjara sebagai hukuman setimpal.

Yudha kemudiannya cuba mengubah nasib melalui rayuan dan kasasi, namun kedua-duanya ditolak. Usaha terakhir menerusi permohonan semakan semula juga menemui jalan buntu.

Dengan penolakan tersebut, kes ini kini mencapai noktah akhir, sekali gus mengesahkan hukuman 20 tahun penjara terhadap Yudha kekal berkuat kuasa.

Sekadar info, Dante atau nama penuhnya Raden Adente Khalif Pramudityo merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya dengan DJ dan Penerbit Muzik, Angger Dimas.Mereka berkahwin pada 2017 dan kemudiannya bercerai pada 2021.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Bertanding, Kita Sama Sahaja,” – Dayang Nurfaizah Belum Fikir Berehat,...

Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah memaklumkan dirinya masih belum berhasrat untuk berehat daripada bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), meskipun ramai rakan seangkatannya sudah mula memperlahankan langkah.
error: Hello. Cannot.