Kematian anak pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara pada awal tahun ini menjadi satu berita menyayat hati. Anak tunggalnya itu, Raden Adente Khalif Pramudityo ditemui mati di sebuah kolam renang.
Ekoran kes itu, kekasih Tamara, Yudha Affandi telah ditangkap dan pada November lalu hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadapnya atas kesalahan membunuh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu.
Hari ini menerusi laporan media tempatan Indonesia, Tamara dilihat hadir ke Tempat Pemakamam Umum (TPU) Jeruk Purut,Jakarta Selatan bagi menyambut hari jadi anaknya yang jatuh pada tanggal 26 Disember.
Saat tiba dikubur anaknya, pelakon berusia 29 tahun itu tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak sambil berdoa dan dia dilihat berulang kali mengusap batu nisan anaknya.
Dapat dilihat dia dan ahli keluarga turut menghias kubur allahyarham Dante dengan bunga-bungaan segar dan perhiasa karakter animasi Minion yang pernah menjadi kegemaran anaknya itu.
Selain kubur dihias dengan motif Minion, keluarga Tamara turut membawa sebiji kek yang bermotifkan karakter pemainan Roblox yang juga menjadi kegemaran allahyarham ketika masih hidup.
Sekadar info, Raden Adente Khalif Pramudityo merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya dengan DJ dan Penerbit Muzik, Angger Dimas.Mereka berkahwin pada 2017 dan kemudiannya bercerai pada 2021.
Ads
Biarpun bersedih dengan kematian anaknya, Tamara dilihat kuat menembuh hari. Dia tetap aktif dalam dunia lakonan dan terkini membintangi drama bersiri lebih 100 episod bertajuk Setulus Hati.
Kemaskini terbaharu nahas pesawat Jeju Air JC2216, menurut laporan The Guardian, dikhuatiri 179 maut dan disahkan hanya dua sahaja yang terselamat.
Setakat ini 120 mayat telah berjaya dikeluarkan dan 59 lagi masih hilang, pihak berkuasa menyifatkan peluang untuk mereka masih hidup sangat tipis.
Semasa kejadian, seramai 175 penumpang (173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand) dan enam anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.
Dua individu yang terselamat merupakan anak kapal yang duduk di bahagian ekor pesawat. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan Lapangan Terbang Muan untuk menerima rawatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.03 pagi tadi, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Korea Selatan.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu melakukan pendaratan cemas ‘belly landing’ disebabkan kegagalan gear dan merempuh dinding di hujung landasan sehingga menyebabkan letupan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laporan tersebut, Ummi turut memaklumkan drama tersebut bukan sahaja telah mencetuskan fenomena di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Ummi dilihat tenang dan anggun mengenakan blazer berwarna coklat terang saat menjalankan tugas selaku pembaca berita.
Klip berita tersebut turut dikongsikan di seluruh platform media sosial, Astro Awani.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kemunculan tersebut selain turut memuji usaha Ummi yang tidak kelihatan kekok saat membacakan berita.
“Wah, mantap Ummi Nazeera.
“Eh, Suri jadi pembaca berita.
“Lepas Falah dah tiada, Suri berhenti jadi cikgu. Tukar jadi pembaca berita pula sebab nak move on.
“Aku stop scrolling dan tengok video Awani ni. Kenapa cantik sangat pembaca berita. Rupanya Ummi Nazeera.
“Ingatkan pembaca berita Awani tadi. Rupanya Ummi Nazeera. Superb la. Ada bakat jadi pembaca berita,” antara komen-komen netizen.
Selepas bersiaran selama 35 episod, episod terakhir Andai Tiada Dia bakal ditayangkan malam ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.
Selain Ummi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mimi Lana, Alicia Amin dan Zahiril Adzim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Awani & Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI), Syeikh Rohimuddin menjelaskan dia tidak menggalakkan anak didiknya untuk bergelar pendakwah selebriti sekiranya tamat pengajian kelak.
Menurut Syeikh, PMNI yang terletak di Kuala Selangor itu bertanggungjawab melahirkan pendakwah yang mempunyai fokus sepenuhnya kepada agama, bangsa dan negara, bukannya mengejar populariti.
“Pada pendapat saya, mahu bergelar pendakwah atau pendakwah selebriti, bergantunglah kepada niat masing-masing. Di PMNI, kami tidak akan mendidik para pelajar madrasah ini ke arah menjadi pendakwah selebriti. Galakan atau seruan ke arah itu, tidak pernah ada dalam perancangan kami.
“Biarlah pendakwah yang dilahirkan dari PMNI ini memberi fokus untuk berkidmat kepada agama, umat, bangsa dan negara, di mana peranan itu lebih berguna dan bermanfaat,” katanya.
Syeikh berkata demikian apabila diajukan media soalan tentang situasi segelintir pendakwah selebriti yang terpalit dengan kisah kontroversi.
Bagi Syeikh, adalah menjadi pendakwah selebriti adalah perkara yang patut dihindari oleh para pelajar PMNI kerana ia boleh mengundang kepada tanggapan negatif kepada agamawan apabila terpalit dengan pelbagai isu kontroversi yang menjadi bualan rakyat dan netizen.
“Bagi saya, jadi pendakwah yang dalam masa yang sama menjadi selebriti popular itu adalah perkara pertama yang patut dihindari bagi para pelajar madrasah ini.
“Saya nak sebut kata-kata ini, ‘tanamlah benih pokok itu dalam-dalam (jangan suka diangkat-angkat), dia akan menumbuhkan pokok yang tinggi, rendang dan buahnya lebat.
“Memang kita tanam dalam-dalam kerana kita mahu matikan keinginan untuk menjadi popular. Ini bererti, kita ajarkan mereka menyiapkan diri, jiwa, ilmu yang mendalam, akhlak yang kuat. Perihal itulah maksud benih yang menghasilkan pokok yang tinggi, rendang dan mempunyai buah yang lebat.
“Segelintir (bukan semua) pendakwah selebriti itu hanya pandai bercakap tetapi tak ada ilmu, tak ada akhlak,” ujarnya yang turut giat usaha cari dana demi keselesaan dan keberkesanan institusi madrasah yang dibangunkan.
PMNI kini dalam usaha untuk membina bangunan baharu yang dianggarkan bernilai RM 15 juta dan bangunan baharu PMNI ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mengambil kira kemodenan dan kesesuaian seperti kelas, kompleks surau, asrama dan kelengkapan yang berkaitan.
“Kami di PMNI mempunyai tujuan untuk melahirkan generasi yang dapat hidup di zaman ini (serba moden dan rencam) dengan penuh keseimbangan dari segi zahir, batin dan akal. Inilah yang kebisaaannya dimahukan oleh para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini.
“Sebenarnya pengajian ini mampu diterapkan dalam jiwa para pelajar di mana walaupun sepatutnya tempoh pembelajaran adalah 15 tahun tetapi dapat dipendekkan menjadi lima tahun dengan kaedah pembelajaran yang terkini dibantu dengan segala teknologi-teknologi yang serba canggih.
PMNI sudah laksanakannya dari 2020-2024 sebagai projek perintis, dan kumpulan tersebut mendapat pujian yang tinggi dari pelbagai ulama’ dengan pelbagai latar belakang serta mereka sekarang sudah berada di Mesir menyambung pengajian peringkat tinggj.
“Demi melahirkan para pelajar yang berkualiti, sudah tentu PMNI memerlukan tempat belajar dan penginapan yang lebih selesa. Ia juga amat dituntut dalam Islam.
“Mudah-mudahan, bangunan baharu nanti membolehkan kami menambah bilangan pelajar dalam masa yang sama mengutamakan kualiti dalam diri mereka.
“Semoga dengan tajaan atau sumbangan pihak luar sana, sedikit sebanyak boleh membantu mendirikan bangunan baharu PMNI dalam jangkaan masa lima tahun,” katanya lagi.
Terdahulu, PMNI yang ditubuhkan sejak 2020 dengan aliran Tahfiz-Alim-Akhlak bertujuan untuk meramaikan lagi generasi ulama’ yang mampu memimpin diri dan masyarakat serta generasi demi generasi khususnya di Nusantara.
Hala tuju Pendidikan PMNI terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Pra-PMNI, Pengajian PMNI dan Kuliah Al Isyraq yang mengambil tempoh pengajian selama 8 tahun ini sedang dilalui oleh seramai 23 orang pelajar.
Mereka kini diasah dengan Asas Bahasa Arab, pemantapan hafazan Al Quran, hadis, matan asas dan pembentukan adab dan sudah ada 5 orang pelajar generasi pertama sedang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Untuk makluman, Program Pendidikan Berkebajikan PMNI telah dilancarkan pada bulan Mei 2023 di mana pihak kami memberi peluang kepada masyarakat awam untuk menaja pengajian pelajar-pelajar yang kesemuanya adalah terpilih untuk mengikuti Manhaj Pendidikan Al Isyraq sehingga tamat.
Ini adalah kerana PMNI bukan hanya berfungsi sebagai sebuah institusi Pendidikan, bahkan satu ekosistem untuk memurnikan sistem Pengajian Pondok alam Melayu yang diharapkan akan memberi manfaat berterusan untuk ummah.
Malah pihak PMNI turut membuka ruang kepada sesiapa untuk berinfaq dan boleh mengetahuinya lebih lanjut menerusi media sosial rasmi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.