Malang tidak berbau, tiada siapa yang mahukan perkara tidak baik terjadi.

Namun kepahitan ini terpaksa ditelan oleh model dan pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara apabila anaknya, Raden Andante Khalif Pramudityo, 6, meninggal dunia pada 27 Januari lalu ketika berada di kolam renang.

Biarpun sudah memasuki hari keempat kematian anaknya, Tamara masih lagi belum memiliki kekuatan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup di kejadian yang menyebabkan kematian anaknya.

Ketika tragedi tersebut terjadi, Tamara meninggalkan anak tunggalnya itu bersama seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lain sebelum dia bergerak ke lokasi penggambaran.

Anak Pelakon Drama Catatan Si Boy Meninggal Dunia, Dikhuatiri Lemas Di Kolam Renang

Mengimbas kembali kronologi meninggal anak tunggalnya bersama bekas suami, Angger Dimas. Tamara bercerita kepada pemberita tempatan dengan lebih lanjut.

IKLAN

“Pada hari tersebut Dante berenang bersama seorang dewasa dan seorang kanak-kanak. Seorang dewasa menjaga dua kanak-kanak. Ini bukan kali pertama dia berenang, jadi saya sebagai ibu  percaya. Lagipun, saya sudah berpesan kepada Dante, jangan berenang sebelum saya datang semula.

“Saya meningalkan Dante dan saya terus pergi ke lokasi penggambaran untuk menyiapkan dua babak, pada fikiran saya ia tidaklah terlalu lama, sekurang-kurangnya satu atau dua jam, apatah lagi lokasi penggambaran sangat dekat,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini.

Selesai sahaja penggambaran, Tamara terus bergegas ke kompleks kolam renang tersebut sebelum menerima panggilan menyataan bahawa anaknya sedang diberi bantuan pernafasan.

IKLAN

“Tiba-tiba saya mendapat panggilan, saya hampir masuk ke dalam kompleks kolam renang, tiba-tiba saya diberitahu bahawa Dante telah diberikan bantuan pernafasan dan yang melakukan prosedur itu merupakan seorang doktor,” kata Tamara.

Anak Pelakon Drama Catatan Si Boy Meninggal Dunia, Dikhuatiri Lemas Di Kolam Renang
Tamara bersama Raden pada 2020.

Kemudian anaknya itu dibawa ke hospital terdekat. Tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan.

“Saya kata cari sahaja hospital terdekat. Paling dekat Hospital Islam Pondok Kopi. Setibanya di sana Dante sudah berada di atas katil, saya segera memegangnya. Namun selepas EKG dah rata,dia disahkan tidak ada lagi,” akhirinya tentang kronologi kejadian kematian anaknya.

IKLAN

Imbas kembali, Tamara berkahwin dengan Angger Dimas pada 2017 sebelum bercerai pada   pertengahan tahun 2021. Mereka kemudiannya sama-sama membesarkan anak tunggal secara harmoni.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI