Ads

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Astro
Astro

Setiap daripada kita pasti mempunyai restoran kegemaran yang terpahat sebagai nostalgia sejak kecil.

Ia bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga sarat dengan kenangan, daripada rasa pertama yang sukar dilupakan hinggalah kepada suasana yang sentiasa mengundang untuk kembali.

Selain menu yang lazat yang dekat di hati, kita juga sering tertanya-tanya bagaimana sesebuah restoran itu mampu bertahan lama dalam dunia kulinari yang penuh persaingan.

Hakikatnya, bukan semua kisah kejayaan bermula dengan modal besar atau nama gah. Ada yang bermula dari dapur kecil, berbekalkan resipi turun-temurun serta semangat juang yang tidak pernah padam!

Dari titik permulaan inilah lahirnya program Mencari Kedai Lejen, yang dibawakan khas oleh AstroBiz menerusi inisiatif Astro BizOne Rewards.

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Siri dokumentari ini bukan sekadar berkisar tentang makanan, malah mengangkat kisah manusia di sebalik setiap hidangan.

‘Mencari Kedai Lejen’ menjadi platform untuk meraikan pengusaha kulinari yang berani bermula dari bawah sehingga berjaya membina empayar sendiri.

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Menerusi dua episod pertama, penonton akan dibawa menyelami kisah dua restoran ikonik iaitu Aunty T’s dan Rezeky Tomyam.

Ads

Setiap episod menampilkan perjalanan sebenar bermula daripada cabaran awal, jatuh bangun perniagaan, sehinggalah detik turning point yang mengubah segalanya.

Lebih menarik, fokus bukan hanya pada makanan, tetapi juga identiti restoran: sama ada resipi rahsia, konsep unik atau pengalaman pelanggan yang membuatkan mereka terus kembali.

Restoran Aunty T’s: Sentuhan ‘Home-Cooked’ Yang Mendekatkan Jiwa

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Restoran Aunty T’s yang terletak di Petaling Jaya mengetengahkan konsep home-cooked Indian dan Western Fusion. Menu ‘killer’ seperti Claypot Mutton, Nasi Goreng Mutton dan Mihun Cincai menjadi tarikan utama sejak bertahun-tahun.

Keistimewaan restoran ini bukan sahaja terletak pada rasa, tetapi juga suasananya yang santai, seolah-olah menikmati hidangan di rumah sendiri.

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Ads

Pelanggan turut dihiburkan dengan persembahan live band serta pelbagai hiburan Astro, menjadikan pengalaman makan lebih istimewa dan mengasyikkan.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/sorakan-meledak-astro-bizone-watch-party-ubah-cara-tonton-bola-sepak-satukan-komuniti-lonjak-ekonomi-setempat/

Rezeky Tomyam: Dari Perantau Ke Ikon PD!

Bermula sebagai perantau dari Thailand, perjalanan Kak Tetoh membangunkan lapan cawangan Rezeky Tomyam di Port Dickson, Negeri Sembilan bukan sesuatu yang mudah.

Kisah ini membuktikan bahawa keberanian dan usaha mampu mengubah nasib ke arah yang lebih baik.

Ads

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Anda mungkin berminat dengan

Di sebalik kejayaan tersebut, terdapat figura penting yang jarang diberi perhatian, iaitu adik iparnya, Maliki.

Tanpa pengalaman dalam dunia kulinari, Maliki sanggup meninggalkan pekerjaan lama demi menyahut cabaran sebagai pengurus restoran hingga kini menjadi antara tulang belakang kepada perkembangan bisnes Rezky Tomy.

Dari Dapur Kecil Ke Empayar Besar & Ikonik… ‘Mencari Kedai Lejen’ Usaha AstroBiz Angkat Kisah Jatuh Bangun Pengusaha Restoran

Kak Tetoh pula dikenali sebagai individu yang berani dan kental. Walaupun berdepan masalah kesihatan, beliau tetap gigih bereksperimen dengan pelbagai menu, daripada masakan Melayu, Western hingga ke hidangan wajib Thai.

Semuanya demi memenuhi selera pelanggan yang pelbagai!

Saksikan sendiri perjalanan penuh inspirasi para pengusaha restoran ini dengan menstrim ‘Mencari Kedai Lejen’ di YouTube Astro Malaysia.

Bagi pemilik bisnes restoran yang ingin membawa jenama ke tahap lebih tinggi, ini mungkin masa terbaik untuk melangkah bersama AstroBiz. Daftar di https://biz.astro.com.my/

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Eyka Farhana

“Detik Paling Indah…,” – Eyka Farhana Selamat Bersalin, Muhammad Luay Khayr...

Tahniah buat pelakon, Eyka Farhana yabg dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 16 Mei lalu.
error: Hello. Cannot.