Ads

“Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Luaran Tetapi Tentang Keyakinan Diri,” – Amira Othman

Jenama kecantikan tempatan yang semakin berkembang pesat, Rissa Skin menganjurkan majlis Rumah Terbuka eksklusif bersempena pelancaran produk terbaharunya, Rissa Night Silk Cream bersama duta jenama, Amira Othman, baru-baru ini.

Bertempat di Concorde Hotel Shah Alam, majlis tersebut menghimpunkan rakan media, pempengaruh, rakan strategik serta pelanggan setia dalam suasana penuh elegan dan mesra sambil meraikan kecantikan, keyakinan diri dan penjagaan diri secara menyeluruh.

Produk Pelbagai Fungsi Untuk Penjagaan Menyeluruh

Kemuncak acara menyaksikan pengenalan Rissa Night Silk Cream, produk penjagaan kulit pelbagai fungsi yang dirumus khas untuk membantu mencerahkan kulit, memberikan kelembapan secara mendalam, memperbaiki tekstur serta meningkatkan keanjalan kulit.

Produk ini juga membantu memudarkan kesan regangan (stretch marks) dan sesuai digunakan secara menyeluruh pada kulit badan, sekali gus menjadikannya solusi praktikal untuk gaya hidup moden masa kini.

Selain sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, ia juga selamat digunakan termasuk bagi mereka yang memerlukan penjagaan kulit yang lembut dan menyeluruh.

Kerjasama antara Rissa Skin dan Amira Othman yang bermula sejak awal tahun 2025 turut terus diperkukuhkan menerusi pelancaran tersebut.

Ads

Sepanjang tempoh kerjasama itu, mereka telah mencatat pelbagai kejayaan termasuk kempen digital dan program komuniti yang menerima sambutan memberangsangkan.

“Bagi saya, penjagaan kulit bukan sekadar luaran tetapi tentang keyakinan diri. Saya bersyukur dapat bersama Rissa Skin dalam perjalanan ini kerana nilai yang dibawa sangat dekat dengan diri saya,” kata Amira.

“Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Luaran Tetapi Tentang Keyakinan Diri,” – Amira Othman

“Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Luaran Tetapi Tentang Keyakinan Diri,” – Amira Othman

Ads

“Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Luaran Tetapi Tentang Keyakinan Diri,” – Amira Othman

“Penjagaan Kulit Bukan Sekadar Luaran Tetapi Tentang Keyakinan Diri,” – Amira Othman

Komitmen Diperkukuh

Majlis itu bukan sahaja memperkenalkan produk baharu, malah turut menampilkan pelbagai pengisian istimewa termasuk perkongsian perjalanan jenama selain hiburan eksklusif daripada Ameng Spring dan Bella Astillah yang berjaya memeriahkan suasana serta memberikan pengalaman lebih bermakna kepada para tetamu.

Ads

Sementara itu, Pengasas Rissa Skin iaitu Maam Nurul turut menegaskan komitmen jenama dalam membina kepercayaan pelanggan.

Anda mungkin berminat dengan

“Kami percaya dalam membina jenama, kepercayaan adalah asas utama. Rissa Skin bukan sekadar produk, tetapi satu perjalanan bersama pelanggan dan komuniti yang kami hargai,” katanya.

Dengan pencapaian jualan yang memberangsangkan serta sokongan berterusan daripada pengguna, Rissa Skin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kecantikan tempatan yang berpotensi berkembang lebih jauh di peringkat serantau.

Pelancaran ini sekali gus menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan jenama tersebut dengan sokongan duta yang mencerminkan nilai serta aspirasi Rissa Skin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas...

Penampilan yang sering menjadi perhatian ramai membuatkan personaliti media sosial, Cik B tampil menjelaskan mengenai pemilihan fesyennya sepanjang bersaing di program Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2).
error: Hello. Cannot.