Ads

Mawar Rashid Di Fasa Bahagia? Perjelas Foto Bersama Lelaki Misteri – “Soal Jodoh, Saya Serah Pada Allah.”

Mawar
Mawar

Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai identiti lelaki misteri yang muncul menerusi foto dimuat naik di media sosial sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, selepas timbul dakwaan dirinya kini sedang berada dalam fasa bahagia.

Menurut Mawar, foto tersebut hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran untuk mempromosikan lagu raya terbaharunya bersama penyanyi Alfie Zumi berjudul Sedondon.

Mawar Rashid Di Fasa Bahagia? Perjelas Foto Bersama Lelaki Misteri – “Soal Jodoh, Saya Serah Pada Allah.”

“Tiada Apa Yang Lebih Daripada Itu”

“Sehingga sekarang, masih ramai yang bertanya mengenai siapakah lelaki tersebut. Mungkin mereka tidak melihat pada hantaran-hantaran saya yang seterusnya.

“Hantaran tersebut hanya sebuah strategi pemasaran untuk mempromosikan muzik video lagu raya. Tiada apa yang lebih daripada itu,” katanya kepada MH.

Bintang Dewi Remaja 2017 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Nar’sata: Sekutu Setan, baru-baru ini.

Mawar Rashid Di Fasa Bahagia? Perjelas Foto Bersama Lelaki Misteri – “Soal Jodoh, Saya Serah Pada Allah.”

Ads

Mawar Fokus Anak-Anak, Kerjaya & Bisnes

Dalam pada itu, Mawar menjelaskan dia kini lebih selesa memberi tumpuan terhadap anak-anak, kerjaya serta perniagaan, selain mengakui belum bersedia untuk memulakan hubungan baharu.

Mawar Rashid Di Fasa Bahagia? Perjelas Foto Bersama Lelaki Misteri – “Soal Jodoh, Saya Serah Pada Allah.”

“Ketika ini, saya sedang sibuk dengan penggambaran drama. Fokus saya kini memang kepada anak-anak, perniagaan dan diri sendiri. Itu sahaja.

“Saya tak sempat nak fokus kepada orang lain. Saya juga tiada masa nak berjumpa dengan orang baharu. Lagipun, anak-anak masih kecil. Keutamaan saya adalah kepada mereka sahaja,” ujarnya.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/dulu-tengok-cermin-tak-kenal-diri-sendiri-dipuji-makin-cantik-mawar-rashid-sebak-kenang-perjalanan-hidup/

Menurut Mawar lagi, dia kini menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada Allah SWT.

Ads

Mawar Rashid Di Fasa Bahagia? Perjelas Foto Bersama Lelaki Misteri – “Soal Jodoh, Saya Serah Pada Allah.”

Anda mungkin berminat dengan

“Saya kini hanya mahu mencari rezeki dan fokus dengan kerja dan perniagaan. Soal jodoh atau terbuka hati ini, saya serahkan kepada Allah SWT,” kongsinya.

Untuk rekod, Mawar Rashid pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Imranul

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka...

Pelakon meningkat naik, Imranul Effendy mengakui dirinya berasa segan untuk menonton babak yang memaparkan dirinya tidak berbaju serta melakonkan adegan ‘daring’ menerusi filem seram terbaharu, Nar’sata: Sekutu Setan.
error: Hello. Cannot.