
Ketika ramai anak selebriti mula menunjukkan minat terhadap dunia hiburan sejak usia kecil, situasi berbeza pula berlaku kepada anak pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana.
Menurut Scha, Lara yang kini semakin meningkat remaja dilihat kurang berminat dengan dunia glamor meskipun namanya sudah dikenali ramai sejak kecil lagi.

“Seperti Lara, namanya dikenali sejak dia dilahirkan lagi. Ketika itu, orang ramai sudah memberikannya perhatian dan pendedahan. Perasaannya sangat luar biasa.
“Bila Lara sudah semakin membesar, saya perasan yang dia punyai karakter, pemikiran dan minat yang tersendiri. Kalau boleh, dia sudah tidak mahu perhatian seperti dahulu lagi.
“Dia juga bakal memasuki usia remaja. Jadi, saya hormat pendirian dia dan sokong sahaja apa yang dia mahukan,” katanya kepada MH.
Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem 5 Bomoh, baru-baru ini.
Lara Lebih Serius, Lyla Pula ‘Rock N Roll’
Dalam pada itu, Scha turut berkongsi perbezaan ketara antara Lara dan adiknya, Lyla Amina yang disifatkan lebih aktif dan ceria.

“Lyla pula, perangainya hampir sama seperti Awal. Dia sangat ceria dan suka buat banyak perkara. Sifatnya memang berbeza daripada Lara yang kini lebih banyak diam dan serius tentang pembelajaran.
“Lara tahu apa yang dia mahukan. Lyla pula lebih kepada ‘rock n roll’,” kongsinya lagi.
Baca Artikel Lain;
Akademik Jadi Keutamaan
Mengulas soal pendidikan anak-anak, Scha menegaskan akademik sentiasa menjadi keutamaan dalam keluarga mereka.

“Saya amat mementingkan pendidikan. Akademik sentiasa nombor satu. Sudah habis belajar nanti, buatlah apa yang mereka nak. Lara kini lebih cenderung terhadap bidang akamedik.
“Lara sangat mengambil berat tentang kerja sekolah dan pengurusan waktu. Dia tahu apa yang dia kena buat dan pukul berapa perlu tidur.
“Kadang-kadang saya pun kesian tengok dia. Sampai Awal kata perangai dia ikut saya. Tak tahu nak ‘have fun’ dan terlalu serius. Namun, tak mengapalah.
“Mungkin tu landasan dan karakter yang dia suka. Bila dia semakin membesar nanti, harapnya dia tahu untuk lebih have fun,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Scha turut memaklumkan dia masih belum melihat kecenderungan anak-anaknya untuk menyertai industri seni buat masa ini.
Anda mungkin berminat dengan

“Saya tak nampak kecenderungan Lara di dalam industri seni. Saya rasa dia tak nak dan belum berfikir terlalu jauh untuk cuba bidang ini lagi.
“Anak kedua pula, bila dia dapat sesuatu barang, terus ajak unboxing dan bercakap depan kamera. Jika, dia lahir diwaktu Lara dahulu, mungkin suasananya lebih happening.
“Itulah kelainan diantara Lara dan Lila,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 12, dan Lyla Amina, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Scha Alyahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

